10 Tempat Seram Lagi Misteri Untuk Korang Baca Sebelum Tidur

10 Tempat Seram Lagi Misteri Untuk Korang Baca Sebelum Tidur

AMARAN KERAS:  ORANG YANG LEMAH SEMANGAT TIDAK DIGALAKKAN MEMBACA ARTIKEL INI

Korang dah sedia ke nak hadap 10 tempat seram dan menakutkan ni? Kalau dah sedia jom kita tengok Malaysia ada ke tidak dalam senarai ini, kalau tak kuat jangan baca okay? Jaga-jaga sis dah bagi amaran keras ni!

Suicide Forest Japan

 

Sanggup tak korang redah hutan yang dipenuhi dengan mayat mayat? Terletak di kaki Gunung Fuji, lebih kurang 500 kes orang bunuh diri terjadi di hutan ini sejak dari dulu lagi. Ada yang minum racun dan ada yang gantung diri. Negara Jepun juga antara salah satu negara yang mempunyai kadar bunuh diri tertinggi di dunia.

Hutan Aokigahara yang merupakan tempat pilihan terakhir untuk rakyat Jepun untuk menamatkan sisa hidup mereka. Ada yang sanggup tak berkhemah semalaman di hutan dan di sebelahnya ada mayat tergantung? *meremang bulu roma sis*

 

 

Akodessewa Fetish Market, Afrika

Tahu tak korang di Togo, Afrika wujudnya satu pasar ilmu hitam yang menjual barang-barang alatan sihir terbesar di dunia tau. Ada macam-macam alatan mistik, kepala haiwan dan tengkorak manusia pun ada yang korang boleh beli bawak balik sebagai cenderahati ke kan huhu.

Mereka percaya dengan menggunakan bahagian-bahagian haiwan ini boleh menyembuhkan penyakit dan juga masalah-masalah lain. Dia jual tengkorak tepi jalan ni macam jual sayur je haih seram pulak. Nak dapatkan koleksi rare yang tak pernah dibuat orang? Kalau berani mehlah datang sini :p

 

 

Hospital Whittingham, England

Hospital paling berhantu di dunia jatuh kepada……….Hospital Whittingham *tepuk*. Hospital ini merupakan hospital psikiatri yang terletak di Preston, England dan merupakan hospital terbesar ketika itu. Hospital ini terpaksa tutup kerana dikatakan berlakunya skandal penderaan  dan layanan buruk terhadap pesakit-pesakit mental. Kesian kan pesakit mental ni dah lah mereka sakit lepastu kena dera pulak, haih tak patut betul lah.

Mostly pesakit mental yang mati di hospital ini menjadi roh yang tak tenteram dan disebabkan itu banyak kejadian aneh yang berlaku. Yang paling scarynya kan, seorang rambut pesakit mental pernah ditarik oleh ***tu dan leher mereka dijerut. Peh korang boleh imagine tak? Banyak lagi kisah-kisah pesakit diganggu tau, but nanti kalau citer lebih-lebih korang tak boleh tidur pulak :p

 

Old Changi Hospital, Singapore

 

Sekarang kita terbang pula ke negara jiran iaitu Singapura. Ada yang dah pernah tengok filem Haunted Changi? Seram ke tak bagi korang?? Hospital Changi merupakan salah satu hospital terseram di Asia dan banyak aktiviti paranormal dilakukan di hospital ini.

Semasa pendudukan Jepun di Singapura, hospital itu digunakan sebagai hospital ketenteraan dan salah satu tujuan utamanya adalah untuk merawat pegawai tentera Jepun yang cedera. Hospital ini telah tutup beroperasi pada tahun 1997. Pernah terjadi kes orang hilang selepas memasuki hospital dan ada juga yang mendakwa ternampak jururawat sedang pegang bayi, peh seram sejuk pulak rasa.

 

 

Island Of The Dolls, Mexico

Pulau Anak Patung ini pulau terpencil yang terletak di satu kawasan berpaya ini dianggap berhantu kerana dipenuhi dengan ratusan anak patung yang menyeramkan. Keadaan anak-anak patung ini usang akibat terlalu lama didedahkan cahaya matahari.

Lebih kurang dua jam untuk sampai ke pulau ini dan pengunjung perlu menaiki perahu dari Mexico City selama dua jam. Sepanjang perjalanan ke pulau ini agak tenang bila melihat pemandangan hutan tetapi bila korang sampai je aura creepy tu berdesup naik weh.  Ramai je tourists datang bawak anak patung sebagai tanda penghormatan kepada roh kanak-kanak yang mati disini. Jom kita buat lawatan ke Pulau Anak Patung ni nak?

 

On tak on boleh teruskan membaca tak ni? Tak cukup seram? Kalau onz silakan click next page…………….

PAGES

1 2