10 Tempat Seram Lagi Misteri Untuk Korang Baca Sebelum Tidur

10 Tempat Seram Lagi Misteri Untuk Korang Baca Sebelum Tidur

 

Gonjiam Psychiatric Hospital, South Korea

Menurut CNN, hospital ini tersenarai sebagai salah satu tempat paling menakutkan pada tahun 2013. Pada tahun 1996, hospital ni dah ditutup  secara tiba-tiba  tau! Kenapa ditutup? Berlakunya kejadian paranormal sehinggakan roh mangsa dikatakan terperangkap dekat dalam hospital tu. Bukan itu je, ada yang mendakwa doktor mendera pesakit mental dengan melakukan eksperimen yang gila!

Dah nama pun hospital sakit jiwa hospital tinggal mestilah banyak cerita-cerita seram lagi misteri. And kalau korang nak rasa keseraman hospital ini, korang kena tengok filem Gonjiam Psychiatric Hospital ini sendiri, filem ni berdasarkan kisah dan lokasi yang benar tau.

 

Bhangarh Fort, Rajasthan, India

Tengok gambar ni macam tersergam indah je kan? Tetapi tahu tak korang di sebalik kota sepi ni ada “sesuatu” yang menumpang disini? Kota ini ditinggalkan selama lebih 400 tahun dan merupakan salah satu tempat paling berhantu di India. Benteng Bhangarh ini dibina oleh Bhagwant Das untuk anaknya Madho Singh.

Mesti selalu orang imagine cerita Hindustan ala ala Bollywood yang tergolek atas rumput tu, ada yang berani bergolek kat sini? Heheheh Bhangarf Fort ini kan pengunjung tak boleh masuk tau waktu malam, nak tahu kenapa? Hmmm kalau korang nak kena kacau cubalah masuk heheheheh *gelak setan*

 

St George Church Czech Republic

 

Cuba korang imagine bila masuk je church ni ada beberapa jubah putih yang duduk diam di kerusi dan sekitar church ini dan time tu malam? Boleh imagine tak? Peh tegak bulu roma sisur beb teringat cerita The Nun. Pada thun 1968, gereja ini runtuh sewaktu upacara pemakaman dan kemudian gereja ini terbiar selama lebih beberapa tahun.

Dan kemudian Jakub Hadraya meletakkan figura hantu berjubah putih ini sebagai daya tarikan untuk pelancong datang ke sini. Church ini dibuka untuk public pada setiap hari sabtu waktu tengahari untuk “berjumpa” dengan “hantu” ni, ada yang dah ready nak selfie sama-sama dengan hantu ni?

Hill of Crosses, Lithuania

 

Selalu kalau cakap bukit mesti penuh dengan pohon kayu, hijau pokok tetapi bukit ni memang rare sikit lah. Bukit ini mempunyai ratusan ribu lambang salib dan kebanyakkan pengunjung datang sini membawa salib dan berharap doa mereka dimakbulkan.

Bukit Salib ini juga merupakan salah satu tapak bersejarah UNESCO sebagai simbol identiti kebangsaan dan agama. Dan ada juga yang datang ke sini untuk photoshoot pre-wedding and siap ada buat ceremony lagi kat sini, peeeeeeeehhhhh memang power.

Sumber : AP

Penjara Pudu, KL

Siapa dah tengok filem Dukun, haa korang tahu tak one of the scene dilakonkan di Penjara Pudu? Ala lakonan Umie Aida berlakon tengah baca mantera dan jilat dinding tu kat sini lah tempatnya. Haaa legend tak legend penjara ni guys?

Korang boleh nampak tapak peninggalan Penjara Pudu ni dengan jelas bila korang naik stesen LRT  antara Hang Tuah dengan stesen Imbi. Penjara Pudu kini telah roboh 90%  pada Disember 2012 dan antara kisah legend ialah banduan akhir yang akan dihukum mati. Seorang banduan yang pandai melukis potret dan dia melukis potretnya sendiri.

Di waktu malam, potret itu seakan-akan hidup dan bercahaya dan ada juga yang mendakwa potret itu akan “menangis” apabila hari gantung banduan tersebut semakin dekat.

 

Selamat malam geng, jangan lupa basuh kaki sebelum tidur tu. Semoga mimpi……………………………………………………………………..

 

 

PAGES

1 2