10 Tanda That You’ll Get Lucky (Dating)

#6. Eye Contact 

Perhatikan mata si dia bila korang tengah borak-borak tu and dia mengekalkan eye contact dia dalam 10 saat macam tu- itu menandakan yang dia suka pandang korang and menujukkan yang dia suka dengan apa yang dilihatnya kat depan, which is korang lah and dia rasa lagi nak explore menerokai relationship itu dengan lebih dalam- jauh ke anak mata korang tu. Kemain ehh!

#7. Physical Touch 

She lets you guys touch her? Onz lah apa lagi, memang hari bertuah korang lah tu! Kalau si dia dah mulakan sentuhan mesra, pegang tangan ke, pegang pipi ke-  ambillah itu sebagai opportunity untuk korang membalas sentuhannya ewahhhh! Bukan sex lah uolls, mesraaa. Itu bermaksud dia sudah selesalah dengan korang mungkin lebih dari tu. Apa lagi teruskan date dengan dia!

#8. Berkongsi Masalah Peribadi/Rahsia

Boleh jadi si dia share apa-apa masalah dalam kehidupan seharian, rahsia ataupun si dia ask advice dari korang dan hal ini sangat jarang terjadi, lagi-lagi perempuan. Biasanya dia akan share apa-apa masalah dengan kawan rapat dia je. Tapi kalau dia dah rasa selesa and selamat dengan korang, barulah dia akan berbual ataupun berkongsi dengan korang berkenaan maklumat peribadi dia emosi dia (apa-apa jelah!) Apa lagi uolls, next step?!

#9. Jealousy 

Ini yang paling obvious kot and yang senang korang nak detect. Cubalah korang uji si dia- korang lepak dengan perempuan lain, tak semena-mena dia marah tak tentu hala. Nah itu tanda dia cemburu, dia tak suka korang keluar dengan perempuan lain. Bila terbitnya perasaan cemburu dalam diri dia, maknanya dia dah start suka korang.

#10. Attention

Kalaulah si dia nie selalu call korang, tanya khabar, konon ajak bersembang- dia ada udang di sebalik batu je tu. Ternyata dia nakkan perhatian dari korang. Sebab tu lah dia keep call korang, nak korang nampak kehadiran dia dalam hidup korang tapiiiii kalau korang tak senang dia buat macam , lebih baik berterus terang- supaya si dia tidak berharap. Kesian pulak kan?

So, dah tahu lah kan apa tanda tuah untuk korang make a next step? Apapun, memang fitrah perempuan bila menaruh hati pada someone dorang lebih rela berdiam diri, tak berani nak meluahkan kepada tuan punya badan. So, korang kena alert/lebih memahami apa yang si dia ‘signal’-kan. Goodluck guys!

PAGES

1 2