10 Ritual Brutal Menjadi Lelaki Dewasa!

#6. Suntik racun- suku Matis, Brazil.

Ritual kedewasaan suku Matis yang ngeri terdiri daripada empat fasa yang sangat menyakitkan. Pada tahap pertama, racun dititiskan pada mata lelaki muda. Dorang percaya suntik racun akan membantu meningkatkan penglihatan dorang. Tahap kedua dan ketiga melibatkan seksaan fizik iaitu tubuh para lelaki akan dipukul berulang kali. Pada tahap 4, dorang akan disuntik dengan racun Kampo (racun yang diekstrak dari katak monyet). Racun nie jugak dapat menyebabkan berbagai kesan pada tubuh seperti muntah dan gerakan usus yang tak biasa. Suku Matis sangat percaya yang Kampo mampu meningkatkan daya tahan dan kekuatan para lelaki dan membuat dorang jadi lelaki sejati dan pemburu yang mahir.

#7. Pengeluaran darah, suku Matausa- Papua New Guinea.

Ritual pengeluaran darah nie dilakukan dengan cara mengeluarkan darah dari hidung dan mulut dengan cara yang ekstrem. Yang menyakitkan darah dipaksa keluar melalui mulut dengan cara memasukkan kayu kecil dan panjang ke dalam kerongkong hingga muntah darah. Lepastu kayu tu dimasukkan ke dalam hidung hingga mengeluarkan darah dan lendir dari hidung pulak. Tidak berhenti sampai disitu, lelaki yang melakukan ritual nie harus menusuk lidahnya menggunakan panah sampai mengeluarkan darah lagi. Terakhir, setelah proses pengeluaran darah kemudian para pemuda dipukul pulak. Bagi masyarakat suku Matausa, hal ini bertujuan untuk menguatkan diri sebagai seorang lelaki sejati.

#8. Semut peluru, suku Satere Mawe- Amazon Brazil.

Nama pun semut peluru kan? Boleh bayangkan lah macam mana sakitnya, digambarkan rasa sakitkan seperti ditembak peluru.. Semut peluru adalah semut terbesar di dunia yang berukuran 2cm dengan sengatan yang luar biasa sakitnya. Lelaki suku Satere Mawe harus menahan sakit sengatan semut peluru and tak boleh mengeluarkan suara sedikitpun, waluapun hanya berdesis. Ritual ini dilakukan dengan beberapa semut peluru dimasukkan ke dalam sarung tangan dari rotan. Anak lelaki memasukkan tangannya ke dalam sarung tangan tersebut. Konsepnya, kalau beberapa kali lelaki tu tersengat tapi masih lagi mampu bertahan, maka dia sudah dianggap seorang lelaki sejati dan layak menjadi prajurit Stere-Mawe.

#9. Modifikasi penis, suku Unambal- Aborigin West Australia.

Untuk menjadi lelaki sejati, pemuda suku Unambal perlu menjalani seksaan fizik yang ekstrem. Orang lelaki tertua suku tu akan memotong kulit dari berbagai bahagian tubuh lelaki tu- termasuklah dada, lengan, bahu malah penis! Lepastu, dorang letak pulak pasir kat atas luka yang belum kering tu, aduhhh! Hal ini sengaja dilakukan supaya luka dapat menghasilkan bekas luka yang katanya indah dan cantik. Suku Unambal jugak mengharuskan anak lelaki menjalani sunat, bahagian bawah penis mereka dipotong terbuka dari bawah kulit penis hingga ke lubang kencing. Dorang percaya melakukan ritual yang menyeksa sebegini akan membuat penis dorang lebih menarik dan lebih ringan.

#10. Lelaki sisik buaya, suku Selik- Papua New Guinea.

Bekas luka memang lumrah lah bagi lelaki tapi pemuda suku Selik, demi untuk menjadi lelaki sejati dorang haruslah menjalani ritual yang sangat menyakitkan dan mengerikan nie. Badan dorang digores, ditoreh dan diukir dengan pisau belit/buluh halus tajam dengan sengaja untuk mendapatkan corak kulit buaya. Kenapa kulit buaya? Sebab suku nie memuja suka buaya. Upacara menoreh nie dimulakan pada bahagian puting dada dulu melingkar ke perut, punggung. Senang cerita, hampir satu badan! Aduhhh ngilu sis! Luka tersebut kemudian diberi lilin dan minyak agar cepat sembuh, parutnya pulak menonjol dan membentuk tekstur kulit buaya. Dorang percaya, lelaki dari suku nie pernah ditelan oleh buaya hidup dan kembali sebagai seorang lelaki sejati dengan keberanian dan kejantanan.

Haaa amacam lelaki-lelaki sekalian, adakah korang sanggup mengharungi ritual lelaki sejati nie? Hampehhh, korang tak cukup sejati lah nie uolls! Apa pun ritual-ritual nie korang jangan pergi tiru pulak tau?! Ritual nie meski dianggap aneh dan tak masuk dek logik akal manusia tapi ini lah kepelbagaian ritual seram warisan di serata belahan dunia. Agak sadis, menyayat tubuh dan ngeri namun inilah yang berlaku dari turun termurun dari suku dorang yang mengamalkannya.

 

 

 

 

 

PAGES

1 2