Hello geng! Selamat tahun baru 2021, wow cepatnya masa berlalu.. ha! bila fikirkan balik, zaman dan teknologi semakin canggih. Em.. rasanya budak zaman sekarang dah tak main kot permainan budak zaman dulu ni. Maklumlah sekarang kan ada phone, takyah susah susah nak main kat luar rumah, main je game dekat dalam phone.
Buat korang yang nak menggamit kenangan game budak-budak zaman 80-90an, jom kita tengok 10 permainan zaman budak dulu yang sekarang kurang dimainkan.
#1 Galah Panjang
Budak-budak 80-90an confirm pernah main game ni. Galah Panjang ni dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah lapang dan rata. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Contohnya kalau pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Kalau bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah panjang mengandungi 3 baris. Ha, rindu giler nak main Galah Panjang ni.
#2 Konda Kondi
Zaman dulu, mana ada phone nak main game Mobile Legends bagai. So, Konda Kondi menjadi pilihan hati dan yang paling penting takyah keluarkan modal nak main game ni haha! Ok.. Cara main game ni simple je, korek je tanah sikit dan cari kayu. Lepas je kayu dijongkitkan, pasukan lawan akan cuba menangkapnya. Simple kan? best pun best!
#3 Gasing
Budak-budak kampung mesti minat main gasing. Main gasing ni kena berhati-hati sebab ada paku di bawahnya so jangan dicocok kawan tu geng! Haa.. biasanya nak main gasing ni kena cari port yang baik dan sesuai. Contohnya, laman yang bertanah. Siapa paling banyak ‘pakuk’ atau lubangkan gasing kawan, boleh dikatakan legend la. So, kalau nak main gasing ni hati kena keras.
#4 Guli
Budak lelaki zaman dulu memang guli la game favourite diorang kan? Cara main guli ni biasanya pemain kena masukkan guli ke dalam lubang berdasarkan jumlah yang dah decided. So, pemain yang dapat baling sampai guli tu keluar daripada lubang dikira power la masa tu. So siapa menang, boleh rampas guli-guli tersebut.
#5 Buah Letup
Zaman dulu mana ada pistol mainan, snerf dan sebagainya. Dulu masa zaman 80-90an, budak-budak nak main tembak menembak kena la guna buah letup. So nak main permainan ni kena kreatif, kena ada buluh (ala-ala senapang gitu) dan peluru kena guna buah terung pipit. Kalau kena tembak kat badan sakit oi!
#6 Baling Selipar
Ok.. baling selipar ni antara permainan yang famous juga masa zaman dulu. Bukan setakat baling je guys, bila selipar yang disusun tu dah jatuh korang kena cepat-cepat susun balik selipar tu jangan sampai terkena baling dengan selipar pihak lawan ye. Kalau kena, kalahlah jawabnya.
#7 Teng-teng
Teng-teng atau juga dikenali sebagai Ketinting merupakan sejenis permainan tradisi kanak-kanak. Lelaki atau perempuan boleh main teng-teng ni, tapi sebenarnya perempuan lagi suka main teng-teng, betul ke? mungkin main teng-teng ni nampak lembut dan sesuai untuk perempuan kot haha! Haa.. biasanya nak main teng-teng ni dekat pasir, senang nak lukis gambaran teng-teng ni atau boleh lukis menggunakan kapur di permukaan lantai.
#8 Rounders
Rounders merupakan permainan yang hampir sama macam baseball tapi mungkin ada perbezaan dari segi teknik permainan kot? Ok.. budak-budak dulu kalau nak main rounders mesti akan cari dahan pokok yang agak tebal untuk dijadikan pemukul, ada juga yang pakai papan tapi kena buat bentuk pemukul kayu la. Kalau siapa yang dapat pukul dengan lebih jauh, confirm kawan tak dapat tangkap!
#9 Batu Seremban
Masa baru kenal dengan permainan Batu Seremban ni, mesti ada yang ingat batu ni dari Seremban kan? haha.. Sebenarnya, Batu Seremban ni merupakan permainan tradisional yang dimainkan sejak dulu lagi. Nak main permainan ni, cuma perlukan beberapa biji buah, guli kaca, biji getah, anak batu kerikil atau ketulan-ketulan objek lain. Karung kain yang dijahit dan diisi dengan biji saga, pasir dan sebagainya juga digunakan. Batu Seremban ni paling best nak main sekiranya ada waktu terluang dan yang paling penting boleh main dekat mana mana je.
#10 Penutup Botol/Ceper
Ada lagi ke budak zaman sekarang main penutup botol/ceper ni? Ha.. kalau nak tahu Permainan ni lebih kurang macam batu seremban cuma banyak dimainkan oleh kaum lelaki. Tujuan utama permainan penutup botol/ceper ni untuk mendapatkan point dengan menimbang dan tuju ‘target’ penutup botol tu. Main penutup botol/ceper ni kena ada skill. Kemahiran jari sangat diperlukan, ingat atau tidak permainan ini selalu dimainkan semasa di dalam kelas senang di main di atas meja dan macam – macam gaya boleh kita buat.
Okay guys, sebenarnya banyak lagi permainan zaman budak dulu yang sekarang kurang dimainkan. Emm.. apa apa pun MKR tetap rindu nak main permainan ni semua!