10 Perkara ‘Gila’ Tentang Maradona

  1. Maradona membantu Boca Juniors memenangi Kejuaraan Liga pada tahun 1982 sebelum berpindah ke Barcelona. Pada tahun 1984, beliau berpindah ke Napoli sehingga berjaya membantu pasukan itu menjuarai dua kejuaraan liga Serie A iaitu pada tahun 1987 dan 1990.

2. Maradona memegang rekod ‘fouls’ terbanyak iaitu sebanyak 54 ‘fouls’ semasa Piala Dunia 1986 di Mexico.

3. Maradona menjaringkan gol menggunakan tangan di suku akhir piala dunia 1986 menentang England. Ketika dia disoal tentang kejadian itu, dia berkata, “Separuh gol dijaringkan oleh tangan tuhan, separuh gol oleh kepala maradona”

4. Maradona memenangi Serie A bersama Napoli pada tahun 1987 dan kejuaraan tersebut berulang pada tahun 1990. Napoli turut memenangi piala UEFA pada tahun 1989.

5. Gol kedua Maradona menentang England muncul hanya empat minit selepas gol ‘Tangan Tuhan’ di suku akhir Piala Dunia pada tahun 1986, menyaksikan beliau menggelecek bola melewati pemain pertahanan pasukan lawan sehingga berjaya menewaskan Peter Shilton untuk menjadikan skor 2-0. FIFA mengiktirafkan ianya ‘Goal of The Century’.

6. Maradona mempunyai dua anak secara sah. Beliau mengatakan “Anak-anak saya yang sah adalah Dalma dan Giannina. Selebihnya adalah hasil wang dan kesilapan saya”

7. Maradona tidak membuat penampilan kebangsaan pada Piala Dunia 1978 kerana pada usia 17 tahun dia dianggap terlalu muda oleh pelatih Cesar Luis Menotti ketika itu.

8. Dalam perlawanan menentang Real Madrid, beliau menggelecek penjaga gol iaitu Agustin dan pemain pertahanan Juan Jose sebelum bola masuk ke gawang. Beliau diberi tepukan gemuruh oleh penyokong lawan.

9. Maradona adalah satu-satunya pemain dalam sejarah bola sepak yang telah memecahkan rekod perpindahan dua kali.

10. Pada tahun 2005, Maradona sebagai host ‘talk show’ di televisyen Argentina. Pele merupakan tetamu utama biarpun mereka berdua adalah pesaing dalam arena bola sepak.

Video ‘Hand of God’ yang dijaringkan oleh Maradona.

COMMENTS