10 Orang Terkaya di Malaysia 2018

10 Orang Terkaya di Malaysia 2018

5. Lee Shin Cheng $5.6 B

Lee Shin Cheng merupakan pemilik IOI Corporation, pemilik kilang penapis terbesar di Belanda dan beliau juga mempunyai ladang kelapa sawit 230, 000 hektar termasuk di Indonesia. Walaupun banyak harta dia memang sangat low profile tau!

Tahu tak korang, seawal 11 tahun dia dah mula berjinak dalam perniagaan dengan menjual aiskrim sebab nak tolong bapanya yang bekerja sebagai pengusaha warung kopi.  Dari kecik dah pandai tolong ibu bapa kan, sekarang beliau merupakan orang kelima terkaya di Malaysia!

4. Teh Hong Piaw $6 B

Korang tahu tak milik siapakah Public Bank iaitu salah satu bank paling berjaya di Malaysia? Teh Hong Piaw adalah pengasas dan pengerusi Public Bank Berhad.


Sejak kecil dia memang hidup dalam kemiskinan, sewaktu bersekolah waktu rehat beliau selalu membawa roti dari rumah sebab tidak mampu membeli makanan 🙁 Sedih kan tapi sekarang dia antara orang yang berpengaruh di Malaysia. Sebab dia tak putus asa dan terus bangkit, so korang kena contohi semangat beliau tau!

3. Ananda Krishnan $7.1 B

Siapa yang selalu merungut pasal line Maxis teruk? Astro selalu takde signal? Haha inilah orang disebalik Maxis dan Astro tu. Ananda Krishnan lah yang mencadangkan pada Tun Dr. Mahathir idea tentang pembinaan Menara Berkembar Petronas, KLCC.

Fakta menarik yang MKR nak share dengan korang, satu-satunya anak lelaki beliau adalah seorang sami Buddhadi Thailand tau.

 

2. Quek Leng Chen $7.2 B

Quek Leng Chen dah tentulah orang kedua terkaya di Malaysia yang memiliki Hong Leong Co,  dan juga mempunyai kepentingan dalam pelbagai sektor daripada makanan kepada kewangan selain pelaburan dalam sektor minyak dan gas (O&G) eh dan macam macam lagi lah!

Kalau korang nak tahu keluarga Quek pun antara keluarga terkaya di Asia kot, fuuuuuuuuhhhhhh macam mana lah rupa rumah keluarga Quek ni kan? Mesti besar teruk kan? *tengah imagine*

 

 

1. Robert Kuok $14.8 B

“Sugar King, King of Cooking Oil” itulah gelaran buat Tan Sri Robert Kuok  KEKAL orang paling kayaaaa untuk tahun 2018 ini. Robert Kuok merupakan seorang ahli perniagaan berbangsa Cina yang amat berpengaruh di Malaysia.

Pengasas Kuok Group berusia 93 tahun ini memiliki ladang tebu di Perlis Plantations Berhad, Shangri-La Hotels, serta memiliki perniagaan kilang gula, kilang tepung, minyak, perlombongan dan banyak lagi!

Sehingga kini, sumber kekayaan terbesar beliau adalah pegangan saham dalam Wilmar International, syarikat minyak kelapa sawit terbesar di dunia. Tapi apa apa pun, Robert Kuok tidak berapa gemar publisiti media and beliau mahukan privasi gituuu.

Korang okay tak ni? Haha mesti tergamam terkezut kan dengan kekayaan orang hebat dan berpengaruh ni dan pastinya kesemua mereka adalah anak jati Malaysia tau! Tetiba rasa nak jerit Malaysia Boleh sekuat hati!! *tiberrrrrr*

PAGES

1 2
Newer Post