10 Kuih Raya Tak Lapuk Dek Zaman

Selain ketupat lemang rendang, tak lengkap Syawal kalau takda biskut atau kuih raya. Boleh dikatakan hidangan wajib lah bila meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Tapi dalam zaman hipster kini, lambakan biskut raya moden banyak diperkenalkan- Nutella Pot, Almond Chocolate Cluster dan sebagainya.

Tapi tetap tak boleh menandingi kesedapan 10 jenis biskut raya ‘nostalgik’ yang selalu menjadi pilihan hati ni kan? Jom MKR kongsikan, jangan terliur pulak geng ..

1. Tart Nenas Gulung

Biskut yang tak asing lagi dalam balang kuih kat rumah kita kan? Mengaku jelah kat sini siapa yang hantu tart nenas? Kombinasi tart yang buttery dan masam manis jem nenas yang cair dalam mulut. Memang takkan cukup bila makan, tahu-tahu dah kosong balang! Paling laku keras ni.

2. Batang Buruk

Walaupun namanya ‘buruk’ tapi rasanya sedap teroxxxx! Batang buruk ada peminatnya tersendiri, dengan rasa ranggup, lemak manis kacang hijau. Awas, jangan memandai-mandai cakap kuih ni dah pupus ya!

3. Biskut Mazola

Meskipun mudah nak buat dengan hanya menggunakan 5 bahan saja, namun rasanya tetap padu dan cukup rasa. Makan sampai tak hengat dunia uolls! Omputih cakap ‘less is more’ yummy!

4. Semperit

Kenapa namanya Semperit? Bila ada orang curi kuih kau dia jadi sangat perit ya .. Tapi rasanya marvelous! Banyak variasi- dahlia, susu & klasik. Kanak-kanak pun confirm suka sebab rasa manis, berlemak dan melt in your mouth gituwww. Kuih ni memang ada aura tersendiri.

5. Kuih Kapit

Kuih Sapit, Sepit- lebih kurang macam kuih ros bentuk je yang beza. Bukan Mak Pak je yang suka, budak pun suka uolls. Rapuh manis lemak! Namun kini, tekak pun dah moden- pelbagai perasa diperkenalkan antaraya coklat, peanut butter dan strawberry. Tapi semestinya yang ori jugak menjadi pilihan nombor syatuuuu!

6. Almond London

Kalau datang rumah orang mesti cari kuih ni dulu kan? Rileks kawan-kawan, nama je macam omputih tapi realitinya sangat sinonim dengan perayaan Aidilfitri. Biskut ranggup bersalut coklat dan berintikan kacang almond memang layanlah bila makan. Siapa je yang tak suka cekelat kan?

7. Rempeyek

Ada yang panggil Tempeyek jugak. Pelbagai variasi dibuat- rempeyek kacang tanah, ikan bilis & kacang dhal. Rasa savory dengan keranggupan tepung nipis, krup krap krup krap tak perasan dah habis sebalang.

8. Kuih Bangkit

Satu benda je yang boleh cakap pasal kuih ni- CAIR DALAM MULUT! Keenakan rasa tradisional pastinya akan menggamit kenangan pada sesiapa je yang makan. Ada yang suka bangkit santan, bangkit kelapa, bangkit pandan dan yang moden sikit bangkit cheeseeeee.

9. Kuih Sarang Semut

Tengok pun dah tahu kenapa dipanggil sarang semut kan? Proses buatnya sangatlah renyah dan perlukan tahap kesabaran yang maksima. Tapi hasilnya- rapuh, manis lemak dari tepung kastard dan melt in your mouth!

10. Cornflakes Madu

Yang ditunggu-tunggu sudah mari. Cer habaq siapa yang tak suka dengan cornflakes madu? Memang takkan ada yang tak suka! Baik yang muda tua kerepot, semua ASYIK makan biskut ni. Nak buat pun mudah dan ringkas! I can’t resist thisssss. Manis madu, lemak butter and cornflakes- dijamin takkan cukup sebalang pun.

Bagilah 1001 kuih moden pun, 10 jenis diatas nilah yang sentiasa dinanti dan dicari. Raya berganti tahun, takda galang gantinya bagi kuih-kuih ‘LEJEN’ ni. SHRMZB semuaaaaa 🙂