10 Hotel ‘Berpenunggu’ Masih Dibuka!

#5. Silverpark Hotel, Fraser Hill. 

Suasana kat sini sangat sunyi, bangunan pun dah berlumut- kalau korang nak tahu belakang hotel nie hutan-hutan. Korang dah boleh agaklah kan suasana waktu senja and malam macam mana?

#6. Marina Resort, Port Dickson. 

Marina Resort PD. Adakah korang pernah menginap kat sini? Boleh dikatakan satu hotel yang gah tapi pelbagai kisah pelik yang berlaku di hotel nie. Ada yang cakap masa nak masuk je depan hotel kereta dah terkunci sendiri seolah-olah tak bagi keluar, lepastu hand break kereta bertukar dengan sendirinya.

Hm belum masuk lagi dah kena ganggu uolls, masuk je kat bilik hotel, ramai yang cakap nampak kelibat dua orang wanita di balkoni and nampak sekujur tubuh berdiri depan pintu bilik. Korang rasa?

#7. Equatorial Hotel, Cameron Highland.

Dikatakan cuma ada tempat-tempat tertentu je yang seram, bilik 809 kat hotel nie berpenghuni dan paling ditakuti. Kalau dulu sering sesiapa yang check in dapat bilik no 809 akan diganggu, shower terbukak sendiri padahal takda siapa pun dalam toilet.

Yang seramnya, bilik tu masih lagi dibuka untuk pengunjung check in! Nasiblah kalau korang dapat bilik 809. Bolehlah kot merasai sendiri detik kena ganggu oleh si mati kotttt.

#8. Tune Hotel, Kuala Lumpur. 

Kalau korang nak tahu tapak Tune hotel dulu merupakan sebuah hospital maternity iaitu Sentosa Medical Centre. Korang boleh bayangkan jelah kalau dah bekas tapak hospital dibina hotel jadi apa? Mestilah ada something kan?

#9. 1926 Heritage Hotel, Penang. 

Dulunya tempat nie merupakan kediaman pegawai British yang terdiri daripada 24 buah rumah teres yang kemudiannya telah dibaik pulih jadi hotel. Ada dua tingkat je- biasanya yang akan diganggu penginap di tingkat bawah.

Mesti akan dengar bunyi bising dari tingkat atas yang bunyi tu dari pelahan tiba-tiba jadi kuatttt! Katanya, bunyi macam orang buat renovation tapi takda bunyi drill or any machine. Bunyi macam orang angkat papan lepastu letak balik papan tu atas lantai sepanjang malam. Lepastu katanya ada bunyi orang berlarilah, bunyi orang lompat-lompat atas lantai papan lah. Dan bunyi-bunyi nie akan kedengaran dari malam sampailah pagi!

#10. Ruby Hotel, Kota Kinabalu Sabah. 

Terkenal dengan gangguan hantunya suka main dalam bilik air, suka bukak shower sendiri, macam orang mandi. Padahal lampu bilik air gelap gelita and memang takda siapa pun dalam bilik air. Cuba bayangkan korang tengah tidur tiba-tiba dengar orang mandi tapi sebenarnya takda?

Mungkin ramai yang tidak percaya, namun apa yang pasti sudah ramai yang terkena/terserempak dengan ‘hantu’ di hotel-hotel ini. Jadi terpulanglah kepada korang sendiri sama ada ingin percaya ataupun tidak dengan apa yang korang nampak dan dengar. Selamat tidur di bilik yang ‘berpenghuni’ gaisssss!

PAGES

1 2