10 Hotel ‘Berpenunggu’ Masih Dibuka!

Sama ada korang perasan atau tak, hampir semua hotel ada bilik yang ditutup. Katanya dihuni oleh ‘penunggu’ atau makhluk halus. Jangan terkejut hotel-hotel ini masih lagi beroperasi, so korang bolehlah pergi check in! MKR listkan ..

#1. First World Hotel, Genting Highland.

Dipenuhi dengan roh yang bunuh diri lepas kalah dalam perjudian di kasino Genting Highland. So, ramai pengunjung datang sihat tapi bila kat hotel tu tiba-tiba jatuh sakit. Lepastu ada jugak bau-bau colok yang tiba-tiba je berbau ..

Kat hotel nie ada 6 ribu bilik tapi cuma ada beberapa bilik yang dikatakan berpenghuni dan pihak hotel dah membiarkan bilik tu kosong. Kalau korang nak tahu keseluruhan aras 21 juga dikatakan berpenunggu dan kerap kali lif tidak berhenti pada aras tersebut. Ada bran tak?

#2. Tambun Inn Hotel, Ipoh. 

Lokasinya betul-betul terletak berhampiran dengan jirat cina. So, ramailah yang dah pernah check in kat sini yang mengadu yang suis lampu dihidupkan dan dimatikan secara tiba-tiba. Turut kedengaran bunyi-bunyi pelik seakan-akan bisikan, jeritan dan tangisan tetapi punca bunyi tu tidak ditemui. Ada yang lagi teruk uolls, ada juga yang cakap dorang tidur kat bilik lain tapi bila bangun kat bilik yang berbeza. Takkan kita tak kenal bilik mana yang kita tidur kan?

Bukan setakat penginap hotel je yang kena ganggu, bahkan dorang yang tak menginap kat hotel tu pun turut terkena tempiasnya. Dah banyak kali kalau ada orang bawak motosikal and melintasi kawasan hotel nie rasa seolah-seolah berat macam ada yang menumpangggg ..

#3. Thistle Hotel, Port Dickson. 

Ada satu masa tu sampai terpaksa tukar bilik sebab terkena gangguan tengah-tengah malam, banyaklah gangguan bunyi macam ada orang main gulilah, bunyi orang lari sana sini lah, tarik kerusi lah. Walaupun sekadar bunyi tapi still seram kan uolls, cuba bayangkan tengah tidur ada bunyi-bunyi macam tu ..

#4. Amber Court, Genting Highland. 

Kalau search je kat Google and Youtube ke mesti yang pop-up pasal pengalaman seram diganggu makhluk halus. Kat sini masih banyak lagi unit kosong yang hanya sesekali je ada pengunjung sewa bilik kat situ. Faham-faham jelah kalau dah lama tinggal and takda orang duduk mestilah ada benda lain yang menumpang kan?

Katanya, bilik yang paling kerap diganggu ialah bilik B6 tingkat 17, tempat nie digambarkan memang sunyi sepi uolls tapi masih lagi dibuka. Tengok dari luar je memang nampak usang, berlumut and berkabus je memanjang kat situ. Spooky kan?

Berdiri bulu roma? Nak lagi seram? Click nextpage!

PAGES

1 2