Kita selalu makan hidangan yang sedap-sedap je kan? Hidangan yang membuka selera kita untuk bersantap. Tapi jangan tak percaya sebenarnya terdapat banyak lagi hidangan yang menjijikkan yang masyarakat lain dalam dunia nie makan dengan penuh seleranya tau? MKR senaraikannya:
#1. Kantung sperma ikan kod (Shirako)- Jepun.
Shirako ialah terma bagi kantung sperma yang cuma ada pada ikan kod jantan, ikan angler and ikan buntal je yang ada kantung sperma nie. Bentuknya tak ubah seperti segumpal otak dan dikatakan rasanya seperti kastard yang manis. Masyarakat Jepun percaya Shirako nie mampu untuk meningkatkan stamina. Selain dimasak dengan cara digoreng, dikukus, dibuat sup- kantung sperma ikan kod nie jugak biasanya dijadikan salah satu bahan dalam sushi. Korang nak tak makan sperm?
#2. Jagung kulat (Huitlocoche)- Mexico.
Huitlocoche bermaksud najis yang sedang tidur. Masyarakat Mexico sangat menggemari jagung kulat ini. Katanya rasanya sangat lazat dan lazimnya dimakan semasa sarapan dan menjadi makanan istimewa di sana. Jagung ditumbuhi kulat dan menyebabkan biji-biji jagung membesar dan mewarna keungguan dan kehitaman. Dorang percaya, jagung kulat ada banyak protein tinggi. Korang nak makan tak jagung yang berkulat nie?
#3. Otak monyet hidup- China.
Monyet hidup ditangkap dan dimasukkan dalam guni lepastu dipukul kepalanya sampai pengsan je bukannya mati. Lepastu, disiat kat bahagian atas kulit kepala monyet dan dorang ambik otak monyet yang masih berdenyut-denyut tu dan dimakan mentah-mentah. Dipercayai, otak monyet yang masih berdenyut adalah ubat kuat paling bagus, menambahkan stamina untuk beraksilah kiranya nie sampai sanggup makan otak hidup monyet errrrrrr.
#4. Wine anak tikus- Korea Selatan.
Masyarakat di Korea Selatan dan jugak Cina Kuno mengamalkan minuman wine yang dicampurkan dengan anak tikus yang berusia tidak lebih dari 3 hari. Cara buatnya pulak dorang akan rendamkan anak tikus tu dalam botol dengan wine dan ditapaikan selama 12-14 bulan. Dorang percaya minuman ekstrim nie mampu menyembuhkan penyakit bahaya seperti penyakit hati dan asma.
#5. Bangkai burung laut (Kiviak)- Greenland.
Kiviak ialah hidangan khusus pada musim dingin dan dimakan oleh suku Inuit di utara Greenland. Anjing laut dibelah pada bahagian perut lepastu dimasukkan beratus ekor burung kecik iaitu burung Auks dalam perut anjing laut tu- termasuk dengan paruh, bulu dan kaki burung tu. Lepastu, seluruh kulit anjing laut tu dioleskan dengan lemak untuk elakkan lalat hinggap. Kemudian, difermentasi di bawah lambakkan batu selama minimum 3 bulan sehinggalah 18 bulan. So, korang boleh bayangkan tak dalam anjing laut yang mati ada lagi bangkai burung dalam perut anjing laut tu lepastu dimakan. Tak busuk keeee?
Eyerkkk! Ada lagi yang menjijikkan tau, click nextpage!