#6 Kanopi Villa
Kanopi Villa Janda Baik ini juga terletak berdekatan dengan pelbagai tarikan menarik yang lain seperti Taman Jepun, Ladang Arnab, Taman Rusa, kereta kabel, kolam air panas, ladang strawberi dan bermacam lagi. Bestnya banyak aktiviti!
Harga: 2H1M Dewasa RM150, Kanak-kanak RM120
Alamat: Lot 25929 Kg Janda Baik, off Genting Sempah, Bentong, Kampung Janda Baik, Pahang
#7 Ant Beach Camp
Sampai sahaja di Ant Beach Camp ini korang boleh sewa khemah, hammock dan peralatan-peralatan perkhemahan lain untuk didirikan di sini. Ant Beach Camp turut menawarkan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti lawatan ke Pulau Redang dan Pulau Bidong, memanah, bermain bola pantai dan banyak lagi. Joom!
Harga: RM10/pax
Alamat: Lot 3294, Jalan Gong Dato-Batu Rakit, Kampung Mengabang Telong. 21030, Kuala Terengganu, Terengganu
#8 Time Capsul
Terletak di tengah-tengah Pekan Sungai Lembing, Time Kapsul Retreat Pahang menyediakan korang bilik-bilik tidur kapsul berbentuk silinder yang lengkap dengan katil bersaiz queen. Bilik-bilik tertentu juga ada yang lengkap dengan jakuzi dan dek luaran untuk bersantai dan menikmati udara segar di luar. Apa salahnya bayar lebih untuk satu pengalaman yang luar biasa sekali-sekali bercuti, betul tak?
Harga: Dari RM139 Semalaman
Alamat: EB4 Belakang Sek Men, Sungai Lembing 26200, Pahang
#9 Mongolia Yurt Sabah
Untuk aktiviti di sini, memerhati bintang adalah salah satu aktiviti yang tidak patut korang lepaskan, pemandangan bintang berkelipan agak jelas sekitar pukul 11 malam dan ke atas. Kalau waktu siang pula, korang dan keluarga boleh berbbq ataupun melawat ladang sayur-sayuran yang terletak berdekatan. Tak sabar nak tahu bagaimana rasanya tinggal di dalam yurt ini? Apa lagi, jom ke Sabah!
Harga: Dari RM170 Semalaman
Alamat: Mongolian Yurt Wind Paradise Lodge, Kundasang, Sabah
#10 Mount Kinabalu Holiday Camp
Korang yang minat mendaki tentu teringin nak daki Gunung Kinabalu kan. Haa inilah masanya korang yang pergi sana bolehlah merasai nyaman dan angin sempoi bahasa dari Puncak Gunung Kinabalu. Caranya try menginap di Mount Kinabalu Holiday Camp. Pondok-pondok berbentuk segi tiga kat sana memang cantik kalau berselfie kan. Jangan risau di sana nanti ada bekalan elektrik dan vending machine, malamnya boleh berbbq jugak. Woww gitew!
Harga: Dari RM260 Semalaman
Alamat: Mt Kinabalu Holiday Camp Hotel, Mamut, KM 8, Batu 2, Ranau, Sabah
Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti riadah camping ni bolehlaa join glamping sebab ianya memang agak selesa dan jauh dari nyamuk, betul tak? Pendek kata, Glamping adalah Glamorous Camping gitew! Jom cuti-cuti Malaysia guys!