Glamping ini adalah satu aktiviti percutian yang unik dan menyeronokkan yang mana konsep ‘glam’ dan ‘camping’ digabungkan. Namun, untuk setiap kawasan perkhemahan atau glamping, lain kelengkapan penginapannya, lain pulak aktiviti yang ditawarkan untuk korang berseronok sepanjang waktu percutian. Jom bersama-sama team MKR, kita terjah glamping area yang ada di Malaysia ni!
#1 Canopy Tribes
Antara aktiviti yang boleh dibuat adalah meredah hutan, mendaki Gunung Panti, berbasikal, berkayak, memandu ATV di sekitar kawasan hutan dan macam-macam lagi. Dah puas berpeluh pada waktu siang, tiba sahaja waktu malam apa kata kalau ber‘campfire’ atau berbbq bersama keluarga sambil melihat bintang. Korang takkan bosan punya di Canopy Tribes. Syoknya korang!
Harga: 2H1M Dewasa RM150,
Alamat: 7815, Jln Lombong, Batu 8, Kota Tinggi, Johor 81900
#2 Chengal Hill Resort
Chengal Hill Resort menyediakan penginapan riverside chalet, dorm style chalet, water chalet, apachi, khemah camping dan glamping. Untuk aktiviti pula, korang bolehlah try pelbagai aktiviti menarik seperti memanah, ATV, menyewa 4WD untuk meneroka hutan di sekitar, berbasikal dan meredah hutan.
Harga: Glamping RM350/2 pax Semalaman
Alamat: Lot 8537 Kuala Lurah, Kampung Janda Baik, 28750 Pahang, Pahang
#3 The Stick
Tendok adalah gabungan perkataan ‘tent’ dengan pondok. Bila kita fikirkan pondok, mesti sekaligus dengan alam semula jadi sebagai latar belakang kan? Di sinilah korang dapat merasai pengalaman sebenar bermain pondok-pondok bertemankan panorama indah kawasan sekitar. Antara penginapan yang ditawarkan di sini adalah rumah buluh yang terletak di bawah lindungan pokok, tendok di tepi sungai yang mana korang boleh melalui laluan khas untuk terus sahaja ke kawasan sungai dan banyak lagi.
Harga: Dari RM140 Semalaman
Alamat: Lot 213 Jalan KKB – Fraser’s Hill, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor
#4 Sailor’s Rest Resort
Sailor’s Rest Resort ini terletak di dalam kawasan hutan Banjaran Titiwangsa yang berketinggian 600 meter dari aras laut, bayangkanlah kesegaran udara yang dapat dihirup di sini. Penginapan yang ditawarkan di sini adalah rumah 3 bilik, rumah bot, chalet moden, dan chalet kampung, korang boleh makan buah-buahan segar terus daripada pokok manggis dan pokok durian yang terdapat di sini, tapi kena tunggu musim buah dahululah ya. Untungnya!
Harga: Glamping RM90/pax
Alamat: Lot 8592, Lorong Dato Panglima, Kg. Sg. Lurau, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
#5 Tubotel Langkawi
Menawarkan bilik tidur di dalam ruangan berbentuk silinder yang berwarna-warni dan juga kontena. Kecomelan penginapan di sini boleh membuatkan korang tak henti-henti bergambar sebaik sahaja sampai di sini tau. Ruang santainya juga lengkap dengan kerusi malas untuk korang rest-rest menikmati bayu laut. Percutian yang cukup chill, simple dan lengkap. Perghh!
Harga: Dari RM40 Semalaman
Alamat: Kuala Cenang, 07000 Pantai Cenang, Langkawi