#6. Lelaki berpakaian wanita- India.
Para lelaki di India mengadakan protest yang sangat cute bila mana dorang pakai pakaian wanita. Tanda protest terhadap kerajaan dorang yang telah memberi komen yang sesiapa yang memakai pakaian yang tidak sopan meningkatkan kes rogol. So, lelaki kat sana pakai lah baju perempuan, pakai skirt tanda protest. Macam menarik je nieeeee.
#7. Pemenang anugerah Oscar menolak awards- Amerika.
Marlon Brandon menang Anugerah Pelakon Filem Terbaik dari filem The Godfather tapi dia tak nak ambik awards tu. Malah dia hantar wakil iaitu Sacheen Leattlefeather seorang aktivis dari puak Native Americans untuk bagi speech kat atas pentas mewakili dia. Dorang menolak awards tu sebagai tanda protest kepada pihak filem/TV yang selalu menggambarkan sikap stereotype kat orang asli puak Amerika. Dorang jugak marah dengan kerajaan dorang sebab tak menghormati perjanjian negara-negara asli Amerika. Paling hangat bila Oscar mengharamkan penerima anugerah untuk hantar wakil dah lepas hari kejadian.
#8. Protest bogel- Hungary, Kanada.
Pelajar-pelajar University Kaposvar Hungary tak puas hati dengan peraturan baru university dorang sebab menyekatkan apa yang boleh dipakai di kampus. Antaranya, melarang pelajar perempuan pakai skirts pendek, flip-top, makeup yang over, warnakan kuku dan warnakan rambut and dorang diwajibkan pakai blouse je. Bagi pelajar lelaki pulak, kena pakai kasut setiap masa, pakai blazer, jaket dan jugak seluar yang tak ketat. Sebab tak puas hati, dorang memilih untuk bogel je datang kelas!
#9. Protest bercium- Santiago, Chile.
Satu protest pelajar terhadap taraf pendidikan sebab kerajaan dorang meningkatkan kos pendidikan dan mengurangkan kadar pinjaman pelajar. Lebih 100 pelajar melalakukan protest kurang ganas nie. So dorang beramai-ramai lah secara berpasangan bercium kat bandar. Antara slogan dorang ialah “Cinta adalah percuma, tapi pendidikan tidak”.
#10. Terkup muka dengan beg plastik- Belgium.
Para aktivis menerkup muka dorang dengan beg plastik di luar Masjlis Eropah Belgium. Dorang protest sebab nak kan udara yang bersih. Dorang buat-buatlah macam dorang tercekik, tak cukup udara yang bersih. Protest nie dilakukan beberapa hari selepas berakhirnya sidang kemuncak iklim, Paris. Para aktivis menyeru kerajaan untuk berikan perhatian tentang isu tahap kebersihan udara yang teruk masa tu.
Haaaa amacam korang? Kreatif tak cara protest dorang dari seluruh belahan dunia nie? Apa pun nak protest boleh, nak buat bantahan boleh tapi tak semestinya kena guna keganasan. Banyak je lagi cara pelik and unik yang boleh digunakan dengan cara aman tanpa keganasan kan? Nak bantah bantah lah korang, kemakmuran negara still kena ambil kira okay? Mana tahu lepas nie Malaysia wujud dengan cara protest yang menarik pulak kan 😀
#protest
#protestaman
#amandamai
#protestkreatif