10 Benda Pelik Yang Dijual Di Amazon!

 

 

Jika korang fikir membeli bahan masakan secara online adalah pelik, korang silap! Selepas membaca entri ini, pasti korang akan terkejut dan tidak pernah terlintas di fikiran korang ada lambakan produk yang jauh lagi pelik yang dijual di Amazon. MKR kongsikan senarainya:-

 

#10. Baju Pengesan WiFi

Baju ini pastinya sangat berguna pada mereka yang tidak mempunyai data telefon kerana baju ini akan memancarkan cahaya apabila adanya WiFi connection di kawasan sekitar korang.

 

#9. Glow Toilet Bowl 

Korang tidak akan lagi hilang sasaran bila membuang, kini toilet bowl korang akan di terangi oleh 7 warna yang berbeza yang korang boleh pilih sendiri dengan hanya sentuhan button yang disediakan. Lebih syok lah membuang lepas ni.

 

#8. Buku Tidak Berguna

Sesuai dihadiahkan pada kawan-kawan korang yang tak berguna. Sebenarnya buku ini mengumpulkan maklumat-maklumat yang tidak berguna, sekadar untuk membuat pembaca rasa terhibur. Hm selalunya buku untuk yang bermanfaat, yang berguna tapi lain pulak dengan buku yang satu ini yer?

 

#7. Kumbang untuk Dijual!

Jangan korang tak tahu, kumbang ni sebenarnya dijual sebagai alternative pada racun serangga perosak. Ia digunakan di kebun untuk mengawal serangga  perosak. Lepas ni bolehlah buat duit dengan hanya menjual kumbang kan?

 

#6. Air Kencing Serigala

 

Ye, ini adalah pure air kencing serigala yang dijual bertujuan untuk menghalau makhluk perosak dengan mengelirukan pemangsa untuk tidak datang ke tempat yang korang tak nak.

 

#5. Daging Unicorn 

Percaya ataupun tidak, ternyata daging unicorn is real! Kata penjual, apabila korang buka je tin tu, korang akan dapati potongan-potongan kecil daging unicorn. Apalah agaknya rasa daging unicorn ni kan?

 

#4. Uranium 

Ada sesiapa yang nak menjana kuasa dengan menggunakan bahan radioaktif? Jangan tak percaya Amazon ada menjual bahan-bahan meletup nie, yang merangkumi semua jenis radiasi seperti alpha, beta dan gamma. Tetapi sampel uranium ini hanya dijual untuk tujuan pendidikan sahaja.

 

#3. Spray Kentut

Produk ini bukan untuk menghilangkan bau kentut tetapi memberikan lagi bau busuk. Satu semburan saja sudah cukup buat korang pengsan!

 

#2. Fanny Floss 

Bila bercakap tentang floss, automatically korang  terus fikir floss gigi kan? Berbeza dengan floss ini, ia berfungsi untuk membersihkan kawasan badan yang sukar dicapai dan tersorok seperti di punggung korang. Selamat mencuba!

 

#1. Semburan Gay- Man to Man Attraction

Berita buruk untuk wanita-wanita yang sedang mencari jejaka idaman, produk ini bukan untuk korang. Produk ini khas untuk gay yang sedang mencari pasangan gay-nya. Spray saja pada badan ataupun pasangan gay korang tu, lepastu korang akan teringat-ingat, terngiang-ngiang dan sukar dilupai ataupun melupai.

 

Haa amacam? Cukup pelik ke tak uolls? Nampak macam lawak  dan tak masuk dek akal kan langsung kan? Tapi percayalah semua ni memang dijual. Tak percaya jugak? Pergi check it out sendiri dekat www.amazon.com

#jomberubahbersama