unMENtioned: space untuk lelaki menangis

unMENtioned: space untuk lelaki menangis

“lelaki di Malaysia mengalami kadar bunuh diri 4× lebih tinggi berbanding wanita” Menurut laporan dari malaysian mental health association. Apabila kita borak tentang mental health Lelaki. Sejak dari kecik diajar untuk “tahan”, menangis tanda lemah. Mereka choose untuk diam apabila dilanda tekanan. Tapi pada zaman moden, stigma masyarakat ini perlu dihapuskan kerana masalah mental lelaki lebih serius dari wanita. 

MKR pergi ke kampus UiTM Shah Alam, untuk melihat program unMENtioned: bila kopi jadi terapi, sebuah usaha pelajar course Masscomm UiTM untuk mengangkat isu mental health lelaki. mereka hadir untuk ubah naratif, dengan menggunakan kopi sebagai medium melepaskan segala masalah melalui sesi ‘cakap melalui kopi’ iaitu forum perkongsian di antara lelaki. Ini dilihat sebagai salah satu cara yang berkesan untuk memberi platform kepada lelaki untuk melepas dan ceritakan masalah yang dihadapi mereka.

unMENtioned menjemput semua lelaki untuk bercakap, bukan sorok. lelaki tak perlu share masalah mereka tetapi mereka perlu ruang dan tempat untuk bercerita kerana sifat manusia ialah mempunyai setiap emosi. 

Terima kasih diucapkan kepada pelajar Masscomm UiTM Shah Alam kerana menjemput MKR.

COMMENTS