Tumbukan WWE Paling Latest!

#Ronda Rousey

Gadis jelita yang berumur 31 tahun ini berasal dari Riverside, California dulunya adalah American people yang first menjuarai Perlawanan Judo Dunia sebelum ikut join WWE Smackdown ni. Sebagai seorang artis berketinggian 5 kaki 6 inci ini, beliau seringkali mengalahkan lawannya dengan kekuatan tumbukan tangan ke mula lawan. Aduii!

#Shadia Bseiso

Shadia Bseiso  berusia 32 tahun merupakan penyampai TV Jordan, pengamal jiu-jitsu dan ahli gusti profesional. Pada Oktober 2017, Bseiso menjadi ahli gusti wanita Arab pertama dari Timur Tengah untuk menandatangani kontrak dengan WWE, syarikat promosi gusti terbesar di dunia. Well done Bseiso!

#Bianca Belair

Blair adalah atlet trek dan lapangan yang berasal dari Knoxville, Tennessee Unites States. Merupakan graduan dari 3 universiti iaitu University of South Carolina dan kemudian Texas A & M University, serta di University of Tennessee. Selepas itu, barulah Blair yang berusia 29 tahun ni menceburi kerjaya sebagai atlet WWE.

#Lacey Evans

Berusia 28 tahun, Evans berasal dari Orlando, Frorida, United States merupakan seteru Bianca Belair. Apa yang menariknya adalah beliau merupakan bekas Marin A.S. dan anggota Pasukan Reaksi Khas Pasukan Marin, umpama SWAT awam gituu. Beliau mendaftar pada usia 19 tahun dan berkhidmat selama lima tahun, seterusnya menyertai WWE Smackdown kerana minatnya yang mendalam untuk dunia gusti. So sexy!

# Aliyah

Nhooph Al-Areebi dilahirkan pada tahun 1994 adalah ahli gusti profesional wanita Kanada keturunan Arab, yang lebih dikenali dengan nama glamornya Jasmin Areebi. Dia dilihat sebagai atlet profesional WWE sepanjang mempromosikan gusti bebas Kanada dan Amerika. Dia kini menandatangani WWE di atas label group NXT dengan nama Aliyah. Go Aliyah!

Haaaa amacam korang? Ni hanya yang team MKR sempat senaraikan, masih ramai lagi yang tak tertulis kat sini. Apa-apa pun jom kita layan dan support WWE Smackdown k!!!

 

PAGES

1 2