Tumbukan WWE Paling Latest!

Sapa dalam kalangan korang yang layan WWE Smackdown? Haa, sekarang dah ada atlet WWE yang baru tau, mereka datang dari pelbagai negara. Jom kita Let’s Get It On senarai atlet latest WWE ini yang boleh butakan mata korang!

#Jinder Mahal

Seorang yang tak merokok dan ambik alkohol ini berasal dari Calgary, Alberta, Canada. Beliau yang berusia 31 tahun berketinggian 193 cm dan beratnya adalah 116 kg merupakan graduan dalam Ijazah Perniagaan dalam Komunikasi dan Budaya. Pernah menjuarai WWE Championship pada kali pertama kemunculannya pada awal tahun 2018 ni.

#Baron Corbin

Dilahirkan di Lenexa, Kansas dan merupakan seorang amatur boxing sebelum join WWE Smackdown di bawah label RAW. Jejaka ini mempunyai tinggi 6 kaki 8 inci dan berat sebanyak 129 kg. Beliau yang berusia 32 tahun ni pernah gegarkan dunia profesion tumbuk-menumbuk ni apabila memenangi Perlawanan Money in the Bank pada tahun 2017. Perghhh!

#Brock Lesnar

Lesnar dilahirkan di South Dakota, US tapi di besarkan di  Maryfield, Saskatchewan, Canada. Jejaka yang berusia 41 tahun ini pada 7 Julai 2018, mencabar juara UFC Heavyweight baru, Daniel Cormier di pertandingan utama acara di UFC 226. Terus menjadi sensasi meskipun beliau dah menyertai WWE Smackdown. Power memang power!

#Braun Strowman

Berusia 35 tahun seorang warganegara Amerika Syarikat yang lahir daripada keluarga The Wyatt Family. Beliau juga mengumpulkan kekayaan dari iklan seperti KFC Vudu yang menaja beliau. Secara tidak rasmi, dia juga merupakan salah satu bintang WWE yang bergaya. Cayalah!

#Roman Reigns

Roman Reigns dilahirkan  di Pensacola, Florida dan merupakan anak kepada Leati Sika Anoa’i iaitu bekas ahli gusti profesional Samoa Amerika. Dia kemudian memenangi pusingan separuh akhir menentang Alberto Del Rio dan akhirnya menang dalam final menentang Dean Ambrose. Inilah kali pertama Roman mendapat gelaran ‘WWE World Heavyweight Champion. Wow!

 

PAGES

1 2