Tuala Wanita: Tips & Jenama Terlajak Comfy!

Tips Miss V Selesa Masa Period! 

Tak dapat dinafikan, memang setiap bulan wanita akan berhadapan dengan situasi tidak selesa dan melecet di bahagian miss V tu kan? Namun masih lagi ramai yang tidak mengambil berat soal kebersihan semasa datang bulan. Jangan macam tu uolls, poen korang tu pun kena jaga tau. Ikuti tips untuk mahkota korang tu sentiasa freshhhh!

#1. Jangan Pakai Panties Ketat

Panties yang ketat boleh menyebabkan iritasi kulit teruatamanya di bahagian celah kangkang and vagina akan berasa kepam. Adalah lebih baik kalau korang pakai panties dari fabrik kapas supaya selesa and lembut.

#2. Kerap Mandi 

Korang kena kerap mandi and mandi air panas adalah lebih bagus, yelah darah haid tu kan darah kotor, mestilah kita rasa tak tak fresh and bila period pulak emosi kita terganggulah, hormone pun tak betulkan? So mandi dengan air panas bukan saja dapat menyegarkan badan korang tu tapi dapat mengawal bau badan and bau di miss V korang tu.

#3. Tukar Pad 3-4 jam Sehari!

Tips yang nie tersangatlah penting and ramai wanita yang tak ambik berat. Korang kena tukar pad sekerap yang boleh! Kesalahan besar wanita bila period suka tunggu pad penuh baru tukar. Sebenarnya kena tukar pad setiap 3-4 jam sehari.

Kalau korang nak tahu, kalau korang biarkan pad penuh boleh kena jangkitan bakteria, iritasi kulit melecet and sindrom TSS (Toxic Shock Syndrome). TSS adalah jangkitan bakteria yang serius yang jarang berlaku. Sindrom ini sering dikaitkan dengan penggunaan tampon yang tak tukar. TSS boleh dicegah dengan kerap menukar tampon dan menggunakan tampon yang mempunyai kadar penyerapan yang sedikit.

#4. Senaman

Senaman masa period bukanlah satu beban pun malah bersenam boleh meningkatkan peredaran darah di bahagian pelvis. Kalau korang tengah period pain pun, senaman membantu mengurangkan sakit senggugut! Senaman yang biasa-biasa pun okay, tak payah over pergi gym!

Apapun, belilah tuala wanita yang kapasnya lembut supaya miss V tu tak sakit and mempunyai daya serap yang pantas supaya tak bocorrrr! Bocor tu merupakan the biggest fear bila datang bulan kan? Yang penting korang kena jaga kebersihan korang, extra jaga kebersihan terutamanya masa datang haid. Kita kan perempuan fuhhhhhhh!

 

PAGES

1 2 3