Tuala Wanita: Tips & Jenama Terlajak Comfy!

Kalau cakap je pasal tuala wanita ramai yang tutup mulut, malu. Bukan apa, masing-masing segan nak berkongsi pendapat tentang pad! Tuala wanita boleh diibaratkan sebagai ‘BFF’ para wanita sewaktu datang bulan dan pastinya kita nakkan pads yang selesa and tak cepat BOCOR! MKR share khas untuk sis diluar sana apa yang terbaik untuk Miss V korang!

Jenis-jenis Pad

#1. Maxi Pad

Kenapa nama maxi? Sebabnya pad jenis maxi nie mempunyai daya serapan cairan darah haid korang tu dengan sangat banyak, mungkin dalam 50ml macam tu. Banyak kan? So sesuai lah dipakai semasa heavy flow and kapas bagi pad ini pun agak berbeza, agak tebal sikit.

#2. Wing Pad 

Ye, sayap. Fungsi sayap di bahagian tepi pad adalah untuk memastikan pad korang tak lari dari panties, tak bergerak-geraklah. So, takdalah bocor and kena seluar dalam korang tu. Wing pad tu dilekatkan di panties, maka akan securelah and korang bolehlah bergerak aktif!

#3. Overnight Pad

Pad yang paling panjang dalam semua pad and selalunya pad overnight di pakai di malam hari lah masa korang nak tidur tu. Yelah tidurkan tak sedar apa, golek sana golek sini- so bila pakai overnight pad nie takkan ada bocorlah, korang nak tidur terlentang ke mengiring ke takda masalah.

#4. Pantyliner 

Sejenis pad yang kecik and nipis. Kegunaan pantyliner adalah untuk alas panties korang supaya takda kotoron yang akan melekat kat panties macam keputihan ke ataupun period yang dah hujung-hujung tu. Kiranya pantyliner amat sesuai dipakai daily and di penghujung period korang tu lah.

#5. Tampon 

Tampon mempunyai bentuk yang lain dari pad biasa. Cara guna tampon- korang kena masukkan ke dalam vagina korang, berbentuk bulat and panjang- senang cerita korang bayangkan macam bentuk battery tapi dari material kapaslah kemudian dimasukkan ke dalam vagina. Biasanya, tampon dipakai untuk mereka yang aktif bersukan macam athlete lah, athlete renang biasanya akan pakai tampon.

#6. Slim Pad 

Nipis kan? Senipis iman korang, ehh takdalah. Slim pad nipis sangattttttt! Sesuailah untuk korang yang suka pakai seluar ketat takdalah akan nampak kesan pad biasa tu and sesuai untuk normal flow sahaja and dipakai pada hari ke 4- 5 period.

Nak tahu jenama pad terlajak selesa? Click nextpage! 

PAGES

1 2 3

COMMENTS