(Transportation) Harga Minyak Hitam Motor yang superb murah!

Kita semua tahu motorsikal memerlukan minyak enjin supaya dapat beroperasi dengan lancar. Peranan utama minyak enjin adalah melincirkan komponen bergerak dalam enjin, melindungi daripada kakisan karat dan menjaga motorsikal daripada enapan dan masalah asas enjin (dengan aditif detergen minyak moden).

JOM KITA BONGKARKAN Harga-harga dan korang bandingkanlah!

Fully Synthetic with Ester/Double Ester
Silkolene pro 4 – RM45
Silkolene pro 4 plus – RM65
Motul 300V – RM90-100
Motul 7100- RM55

Petronas 4SP – RM50 
Petronas RS-4 – RM88

Selalunya motorsikal superbike banyak guna ni tapi kalau korang nak guna kat motor korang apasalahnya!

Fully Synthetic
Motul H-Tech – RM40-RM45
Total Grand Prix – RM35-RM40

Castrol P1 racing – RM30-RM35
Shell Ultra – RM40-RM45
Agip Racing – RM35-RM40

Selenia Linx – RM30-RM35
ROYAL PURPLE MAX-CYCLE – RM55
Sangat berbaloi digunakan untuk memastikan enjin anda lancar dan terasa seperti enjin baru!

Semi Synthetic
Total Racing – RM25-RM30

Castrol P1 – RM18-RM24
Shell VSX – RM20-RM25
Agip Tec – RM30-RM35
Motul 5100 – RM44
Motul 3100 Gold – RM30
HI-REV 704 – RM25

Minyak separa sintetik atau semi sintetik ini biasanya dihasilkan secara campuran diantara minyak sintetik penuh dan minyak galian atau mineral mengikut peratusan tertentu. Kebiasaannya, campurannya adalah dengan 80 sehingga 85 peratus minyak galian dan selebihnya 15 sehingga 20 peratus adalah sintetik.

Mineral
Motul 3000 – RM28
Motul 1000 – RM19
Castrol Activ – RM16

Castrol Race – RM10

Mineral paling ramai guna sebab murah ! Minyak mineral base memang bagus, tapi sintetik lagi bagus melawan geseran. sebab tu mahal

 

Haa.. macamana? Murahkan? Kalau korang ada brand yang murah dan berbaloi selain yang dipaparkan nak share, boleh aje email kepada kami [email protected] okay?

COMMENTS