Cara Jimat Nak ke KLIA/KLIA2

Picture
Kalau standard harga nak ke KLIA dari Kl Sentral adalah RM55 untuk sehala. Tapi tahu tak korang ada cara mudah dan jimat untuk korang pergi terus ke KLIA ? Team MyKampus Radio nak bagi beberapa tips cara ke KLIA dengan save duit korang.
Picture
1. Dari Kl Sentral
Sila naik KLIA Transit dari KL Sentral jke Salak Tinggi (RM18.30). Sampainya di sana, keluar dan beli tiket lain ke KLIA/KLIA2 (RM4.90). Jumlah tambang baru RM23.20 jauh bezanya dengan RM55 ! Paling penting kena ambil kira waktu menunggu train selanjutnya selama 20 minit selain perjalanan dari Salak Tinggi ke airport itu sendiri.

2. Dari Bandar Tasik Selatan
Kalau cara atas tak boleh buat, bolehla cuba cara ni pulak. Cuma kalau nak buat tu kena korbankan sikit masa, sebab kena transit di satu stesen ERL sebelum terus ke KLIA/KLIA2. Apa yang best, cara ni paling menjimatkan bagi ERL Transit.
Contoh:

Kes 1: ERL Transit dari Bandar Tasik Selatan (BTS) ke KLIA/KLIA2
Kos: RM38.40

Kes 2: ERL Transit dari BTS ke Putrajaya | Putrajaya ke KLIA/KLIA2
Kos: BTS ke Putrajaya RM8 + Putrajaya ke KLIA/KLIA 2 RM9.40 = RM17.40

Penjimatan: RM38.40 – RM17.40 = RM21.00

Nampak tak berapa banyak penjimatan yag boleh kita buat? Yup, it’s around RM21 gaissss..
Picture
3. Dari KTM Seremban
Dari Seremban naik KTM Komuter hingga ke Nilai. Masa yang diambil kira-kira 30 minit. Itu belum dikira waktu menunggu train lagi !Tambangnya RM3.50. Dari Nilai naik bas Airport Liner pula dalam sejam sebab bas tu lalu di taman-taman perumahan. Tiket bas Nilai-KLIA2 RM4.50 so jumlahnya RM7.70.

Tapi nak inform kat korang, tips ni sangat tidak sesuai kalau korang rushing nak ke KLIA/KLIA2. Cuma kena korbankan sedikit masa je. Itu je. Kalau korang nak bagi tips lain boleh aje email kepada kami [email protected]