Top 6 Doktor Selebriti di Malaysia

 

Kalau sebut je doktor mesti korang terbayang rupanya macam 40an, tak bergaya, pakai coat doctor je kan, tahu tak korang doktor sekarang semuanya dah sado sado, hensem, cun melecun weh ni haaaa dia Top 6 Doktor Selebriti di Malaysia tengah hot dan viral untuk 2018 ni.

DR NUR AMALINA CHE BAKRI

Twitter : @DrAmalinaBakri

Instagram : dramalinabakri

Ada sesiapa lagi ke tak kenal dengan Dr. Amalina ni? Pernah mencatat sejarah dengan kejayaan 17A1 dalam SPM 2004 kini beliau sedang menjalani latihan pakar bedah di London.

Mempunyai 266k followers di  Twitter, Dr Amalina  gunakan ini sebagai  platform untuk menyebarkan mesej positif dan juga sering mengadakan sesi Q&A berkaitan dengan bidang perubatan. Memang beauty with brain lah Dr Amalina ni!

 

 

DR SAY SHAZRIL

Facebook : Say Shazril Shaharuddin

Instagram : say_shazril

Ini dia Dr Say yang pernah viral kerana badannya ‘sado’ dan rupanya yang hensem membuatkan ramai gadis-gadis diluar sana pecah ovari. Ehhhhhhhhh sabar jap, Dr Say ni dah kahwin okay! Baru-baru ini di akaun Instagram Dr Say mengumumkan bakal mendapat cahaya mata tidak lama lagi, Tahniah Dr Say dan isteri!

DR LIYANA DHAMIRAH

Twitter : DDrliyana

Instagram : drliyana.d

 

Siapa yang tengok MyDoctors mesti kenal dengan pengacara cantik ini, Dr Liyana Dhamirah. Seorang pakar perubatan yang telah berkhidmat selama lebih 10 tahun di KKM. Dr Liyana juga pernah berkhidmat sebagai pegawai atasan Dr Say beberapa tahun yang dulu tau. Mereka berdua akan muncul dalam rancangan MyDoctors mengupas isu-isu kesihatan, jangan lupa tengok ok gais!

DR BENI RUSANI

Twitter : DrBeniRusani

Instagram : drbenirusani

Dr Beni ni memang berbakat tau sebab dia bukan seorang pakar jantung je tetapi dia juga menulis buku bertajuk Breathe. Dr Beni juga berpendapat doktor menggunakan sosial media sebagai suatu fenomena yang bagus kerana masyarakat boleh mendekatkan diri dengan doktor. Beliau juga rajin berkongsi tips melalui akaun rasmi laman sosialnya, lebih mudah kan untuk kita nak tanya soalan secara direct kepada doktor? Easy!

 

 

DR KHAIRUL HAFIDZ

Twitter : @demidegorov1994

Instagram : khairul_hafidz

Di Twitter, #MedTweetMy adalah hashtag yang menghimpunkan 36 pakar perubatan untuk menjawab soalan-soalan netizen dalam misi membetulkan mitos-mitos perubatan. Korang ada soalan? Haaaa tanyalah doktor-doktor ni. Tak perlu nak sakit jumpa doktor pun direct terus je ke Twitter account mereka.

DR ANWAR FAZAL

Twitter : @DrAnwarFazal

Instagram : dr.afl

“Kalau mahu jadi doktor sebab mahu kaya, bergaya, glamour, rasa superior… lupakan serta-merta.” Peminat buku Diagnosis mesti kenal kan dengan Dr Anwar Fazal merupakan seorang doktor, penulis buku dan juga penulis lirik lagu.  Beliau berkahwin dengan seorang blogger cantik terkenal iaitu Dr Fatin Liyana, memang sama cantik sama padan!

 

So macam mana okay tak geng? Siapa doktor favourite korang? Jom share di komen di bawah 🙂