Top 5 Pemain Bola Sepak Tertua di Liga Bola Sepak Profesional

Sukan bola sepak tidak asing lagi dalam kehidupan masyarakat di seluruh dunia. Tak kisah untuk segala lapisan umur sekalipun, yang dah tua pun boleh main (kena tengok stamina jugak hehe)

Kebiasaannya kita selalu nampak orang muda je yg main bola kan? tapi korang tahu tak, sebenarnya ada je golongan yang berumur masih lagi bermain bola sepak dalam liga bola sepak profesional.

So jom kita kenali Top 5 Pemain Bola Bola Sepak Tertua di Liga Bola Sepak Profesional!

#1 Ezzeldin Bahader (75 Tahun)

Ezzeldin Bahader merupakan pemain bola sepak profesional Mesir yang beraksi di Liga Divisyen 3 Mesir. Bapa kepada empat anak dan datuk kepada enam orang cucu ini mula bermain secara profesional pada Januari tahun lalu untuk mendapatkan Guinness World Record.

#2 Kazuyoshi Miura (54 Tahun)

Pemain Bola Sepak Profesional berasal dari Jepun ini mula bermain bola sepak dalam pasukan kebangsaan negara Jepun dari tahun 1990 hingga 2000. Beliau dikenali sebagai ‘King Kazu’ kini beraksi di Liga Utama Jepun, J-League dan pernah mewakili beberapa kelab bola sepak profesional antarabangsa seperti Verdy Kawasaki, Genoa, Croatia Zagreb, Kyoto Purple Sanga, Vissel Kobe dan kini mewakili Yokohama FC. Walaupun sudah menjangkau umur 54 tahun, namun aksi permainannya di atas padang dapat memukaukan penonton.

#3 Magno Alves (45 Tahun)

Mungkin ramai yang tak mengenali beliau seperti kita mengenali pemain-pemain bola sepak Brazil yang lain seperti Ronaldo, Ronaldinho, Robinho, Kaka dan Neymar. Magno Alves merupakan pemain ‘legend’ yang pernah beraksi di beberapa Liga Profesional seperti di K-League (Korea), J-League (Jepun), Saudi Profesional League (Arab Saudi), Brazilian Serie A League (Brazil) dan pernah mewakili skuad kebangsaan Brazil pada tahun 2001.

#4 Gianluigi Buffon (43 Tahun)

Siapa yang tak kenal dengan penjaga gol dunia ni kan? Haa.. Gianluigi Buffon atau mesra dipanggil Buffon ini merupakan antara pemain tertua yang masih lagi bermain di Liga Bola Sepak Profesional. Penjaga Gol dari Itali ini sedang beraksi di Liga Serie A Itali dengan mewakili pasukan Juventus. Beliau sinonim dengan gelaran “Legend” kerana amat setia beraksi di Liga Bola Sepak Profesional negara kelahirannya, Itali. Namun, pada tahun 2018 & 2019 beliau berpindah ke France League 1 (Liga Utama France) dengan mewakili pasukan Paris Saint-Germain (PSG) namun akhirnya kembali ke Liga Serie A Itali semula.

#5 Shukor Adan (42 Tahun)

Kalau korang nak tahu, dekat Malaysia pun ada beberapa pemain yang berumur tau! walaupun dah berumur, tapi mereka tetap konsisten dengan performance sebagai pemain bola sepak profesional. Bekas kapten skuad negara, Shukor Adan yang kini berusia 42 tahun masih lagi beraksi di Liga Super Malaysia dengan mewakili pasukan Kuala Lumpur FC. Beliau merupakan seorang yang komited dengan karakter ‘garang’ di atas padang dan masih mampu memberi impak kepada pasukan di posisi pertahanan. Sepanjang karier beliau pernah mewakili beberapa pasukan tempatan seperti Selangor FC, Felda United FC, ATM FC, Negeri Sembilan, Melaka United dan kini beraksi bersama Kuala Lumpur FC.

Okay geng. Walaupun mereka ni sudah berumur, tapi bakat dan semangat untuk meneruskan karier sebagai pemain bola sepak di Liga Bola Sepak Profesional admin memang respect!

COMMENTS