Tahukah anda bahawa ada banyak jenis makanan dekat dunia ni tapi kamu tau ada makanan yang jijik dan pelik? Sanggupkah makan? Mari kita lihat.
5.SUP TELUR SEMUT
Sup ini merupakan makanan daripada Laos dan juga beberapa tempat di Thailand. Telur semut dan juga semut dicampur ke dalam sup bagi menaikkan aroma dan kelazatan sup tersebut. Ia dikatakan rasa sup tu seperti sup udang. Jadi,kenapa mereka tak makan sup udang je?!!!
4.BALUT
Balut ini adalah makanan berasaskan itik tapi bukan yang seperti anda sangkakan. Ia masih dalam keadaan embrio yang hampir sempurna direbus dan dimakan. Agak-agaknya apalah rasa dia ye?
3.TELUR 100 TAHUN
Telur ni diperap selama berbulan-bulan dengan disalut dengan tanah liat sehingga warna kuning telur tu berubah jadi warna hitam. Ia seakan-akan jeli dan baunya agak busuk. Boleh ke tahan bau telur ni sebelum korang makan?
2.OTAK MONYET HIDUP
Orang di China mempercayai bahawa otak monyet boleh mengubati masalah seksual lelaki serta menambah stamina. Mereka membelah di bahagian kepala dan makan otak itu menggunakan straw dalam keadaan mentah. Gelikan!!!!
1.JANTUNG ULAR COBRA
Jantung ular yang paling berbisa ini mereka jadikan sebagai hidangan dan yang paling menjijikkan adalah ular ini ditoreh hidup-hidup lalu jantungnya serta darah dituang ke dalam cawan.NYUMMMM!!!!!!