Top 10 Filem Box Office Di Malaysia!

Carta 10 filem Box Office Di Malaysia dari bulan 11 Januari hingga ke 20 September !!

Siapa kat sini kaki movie? Dengar je  ada movie baru keluar mesti tak senang duduk kan? Hari ni Mkr nak kongsi kan 10 carta filem box office yang mungkin memeranjatkan korang  atau korang pun belum tahu, jom kita tengok carta di bawah ,haa dah tengok kesemuanya ke tu?

Carta no 10: Filem :Langsuir

Sebut je pengarah tersohor Osman Ali pasti rata-rata dah kanal kan?, lepas je filem  pinjamkan ku hatimu beliau kembali dengan karya seram romantis yang bertajuk langsuir yang mempertaruhkan pelakon  yang sedang meningkat naik iaitu Syafiq Kyle dan Hannnah Delisha sebagai watak utama. Pertemuan di pulau terlarang iaitu pulau langsuir , Cinta dua dunia antara (Syafiq Kyle) dan Suri (Hannah Delisha) mula lah berputik tanpa tahu pun Suri sebenarnya adalah langsuir yang mendiami pulau tersebut. Banyak gak kisah belakang tabir yang Mkr dengar masa pembikinnan filem ini  tau, antaranya krew produksi  berdepan dengan perkara-perkara yang mistik. Korang apa tunggu lagi? jangan lupa ke panggung wayang dekat dengan korang tu!

Mula Ditayangkan: 20 September 2018 – masih ditayangkan sehingga hari ni.

Jumlah kutipan  : RM257,226.00

#Filemlangsuir #KaryaOsmanAli #Seram #cinta

 

Carta no 9: Filem:One Two Jaga

Pemilihan aktor dan aktres seberang, Ario Bayu dan Asmara Abigail memang tepat dan tidak perlu dipertikaikan dalam filem ni. Jalan cerita yang dorang nak sampaikan , ialah mengenai sisi gelap pasukan penguatkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kalau korang nak tahu, filem ni ialah filem pertama yang mengetengahkan permasalahan yang berlaku dalam institusi paling besar dalam negara. Menarik kan?

Mula ditayangkan: 06 September 2018 – Masih ditayangkan

Jumlah kutipan: RM 337,446.19

#Onetwojaga #Namron #Filemwajibtonton #pelakonduanegara

Carta no 8: Wheely

Pengarah terkemuka Yusri Abdul Halim mengeluarkan filem animasi Wheely. Filem animasi tempatan terbitan Kartun Studios, Wheely bakal ditayangkan di 100 negara .

Menampilkan  suara Lisa Surihani ,Zizan Razak dan Johan Raja Lawak mengisahkan tentang sebuah kereta bernama Wheely yang bangkit daripda kekalahan dalam perlumbaan kereta. Ia jugak mengambil masa pembikinan yang agak lama iaitu 4 tahun untuk disiapkan itu menggunakan tenaga produksi tempatan sepenuhnya termasuk pelajar KRU Academy. Ada  lapan orang pelajar KRU Academy yang terbabit dalam pembikinan filem ini. Mereka dibantu hampir 100 tenaga kerja belakang tabir bagi menghidupkan animasi ini.Okay,  peminat kartun semua nak bagi berapa bintang untuk filem animasi Negara kita ni? Mkr nak bagi 4 bintang setengah !

Mula ditayangkan: 16 Ogos 2018

Jumlah kutipan :RM 802,047.07

#Wheely #FilemAnimasidariMalaysia #Kru #KruAcademy

Carta no 7: Filem: VEDIGUNDU PASANGGE (TAMIL)

Peminat filem tamil mesti ada yang dah serbu ke panggung untuk tontotn filem ni kan? filem ini telah mencatat sejarah apabila menjadi filem bahasa  tamil yang pertama dan tertinggi di Malaysia selepas berjaya menc ecah lebih RM1 juta di Box Office. Filem terbitan Veedu Production dengan kerjasama Astro Vaanavil itu memecah rekod 4 tahun yang dipegang oleh filem Maindhan, arahan C. Kumaresan, yang sebelum ini mengutip RM903,000.
Filem ini telah ditayangkan di India, Singapura dan Sri Lanka bermula bulan Septermber. Jalan cerita itu difilemkan dari kisah benar dan digubal mengikut citarasa penduduk tempatan. Sesuatu yang turut menarik perhatian dalam filem ini ialah mereka menyediakan sarikata dalam bahasa tamil untuk insan yang kurang bernasib baik seperti cacat pendengaran,  tidak ketinggalan untuk tengok filem ini dan bagi mereka yang tidak fasih berbahasa Melayu dan Inggeris, sekurang-kurangnya mereka ada pilihan untuk membaca sarikata dalam bahasa tamil.

Jumlah Kutipan: RM 1,153,176.00

Mula ditayangkan: 26 Julai 2018

#Filemtamil #Veeduproduction #AstroVaanavil  #SarikataBahasatamil

Carta no 6: Filem: A House Of Happiness

Korang pernah dengar tak penyakit alzheimer? Cerita ni mengisahkan pakcik tua iaitu Uncle Shui  yang mempunyai penyakit Alzheimer`s dan hanya dapat mengingati isterinya Summer  yang telah meninggal dunia dan anak lelakinya Liong Gor bekerja di bandar. Movie ni lebih kepada sifat kekeluargaan, So kalau korang nak try layan movie mandarin, try tengok a house of happiness ni okay?

Mula ditayangkan : 15.02.2018

Kutipan : RM 1,568,136.05

#PenyakitAlzheimer #Mandarin #Ahouseofhappiness

Carta no 5: Filem: Pulang

Filem wajib tonton dengan tisu ditangan korang ! sebab apa? Sebab cerita ni sedih dan diambil daripada kisah benar dan tema percintaan filem ni memang akan  meruntun jiwa korang semua! Filem Pulang menceritakan tentang kecekalan dan kesetiaan seorang wanita yang sanggup menanti suami selama 61 tahun. Haa korang sanggup ke tunggu?

Mula ditayangkan: 26.07.2018

Jumlah kutipan: RM 1,833,721.65

#PulangTheMovie #RemyIshak #Kisahbenar

 

Carta no 4: Filem: Lee Chong Wei Rise Of The Legend  (Mandarin)

Peminat sukan badminton , korang  pasti dah serbu panggung wayang tengok movie ni kan?  ada yang sempat tengok tayangan perdana di Stadium Nasional Bukit Jalil  tu tak? . Haa filem arahan Teng Bee ini, mengisahkan kehidupan awal Chong Wei yang penuh liku sehingga beliau muncul sebagai pemain badminton nombor satu dunia. So kalau korang nak dapatkan inspirasi apa kata korang tengok movie ni!

Mula ditayangkan: 08 Mac 2018

Jumlah kutipan: RM 4,753,281.14

#sukanbadminton #LeeChongwei #sumberinspirasi

Carta no 3: Filem: KL Special Force

Kuala Lumpur digemparkan dengan aksi hebat daripada kumpulan khas unit PDRM.Penggemar filem aksi pasti tak terlepas tengok movie ni kan?  Movie ni mengenai sekumpulan unit khas PDRM diketui Roslan berusaha untuk mejatuhkan sekumpulan perompak yang dikanali sebagai “Geng Anarkis”, yang diketua oleh Asyraff. Sebuah Rahsia bakal terbongkar apabila Geng Anarkis merompak bank kepunyaan Dato Mior. Apakah Rahsia tersebut? Bagaimana pihak polis mahu menumpaskan Geng Anarkis?

Mula ditayangkan:08 Mac 2018

Jumlah Kutipan: RM 12,216,321.00

#KlSpecialForce #PDRM #FilemAksi

Carta No 2 Filem: Hantu Kak Limah 2

Kita bako! Kita bako! Hantu Kak Limah 2 kembali  membakar hati peminat-peminat filem komedi seram tanah air kita! Siapa yang tak pernah tengok zombie kampung pisang dan hantu kak limah limah balik rumah  tipu la kan?  movie ni pasti akan buatkan korang ketawa berdekah-dekah dan yang paling penting korang enjoy!

Mula ditayangkan: 09 Ogos 2018 dan masih ditayangkan

Jumlah kutipan: RM 31,356,769.43

#HKLTheMovie #komediseram #Hantukaklimahbalikrumah2

Carta no 1 Filem: Munafik 2

Jeng jeng jeng  carta no 1 filem box office dengan kutipan terbanyak lebih 35 juta, Tak lain tak bukan Munafik 2! Mkr ucapkan Syabas kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof !Okay, Munafik 2 ni sarat dengan mesej agama dan ianya berlainan dengan sekuelnya yang pertama. Pembukaan filem ini bersambung sedikit dari adegan terakhir di dalam filem ‘Munafik’ (2016).Tetapi,   Munafik 2 ni lebih kisahkan tentang beratnya tanggungjawab seorang pendakwah sebenar kepada masyarakat, keluarga dan keadaan masyarakat yang lemah imannya untuk menolak ajaran sesat secara berani.  Tahap seram movie ni  buatkan punggung korang melekat terus dekat kerusi sampai tak sempat nak jamah popcorn korang tu tau ! Tak percaya pergi tengok cepat! Siapa dah repeat tengok movie ni kita geng!

Mula ditayangkan: 30 Ogos 2018- Masih ditayangkan

Jumlah Kutipan: RM 37,222,610.38

#SkopProduction #Munafik2 #Pecahpangggung #Seram

 

 

 

 

COMMENTS