Tips Melancong Dengan Anak Kecil

Percutian akan menjadi sangat menyeronokkan apabila kita dapat meluang masa bersama dengan atau insan tersayang. Tidak timbul masalah sekiranya anda bercuti secara solo atau dengan rakan-rakan, namun bagaimana dengan ibu bapa yang bercuti bersama dengan anak kecil mereka.

Ikuti tips berikut untuk memastikan percutian anda selesa dan lancar.

1. Pilih destinasi

Penentuan  lokasi sangat penting kerana sekiranya anda memilih percutian di luar negara yang mempunyai empat musim, pakaian yang sesuai perlu disediakan demi keselesaan sekeluarga.

2. Rancang itenari percutian

Merancang itenari adalah sangat penting kerana ianya melibatkan pengurusan masa. Senaraikan beberapa lokasi dan buat sedikit penyelidikan megenai lokasi tersebut.

3. Tempah menerusi bassinet

Bassinet memudahkan bayi tidur dalam perjalanan yang memakan masa berjam-jam.

4. Barang keperluan bayi

Pastikan anda membuat ‘check list’ seperti barangan mandi, ubat-ubatan, pakaian dan sebagainya. ‘stroller’ bayi juga jangan lupa bawa ya.

5. Tempahan awal bilik hotel          

Pastikan anda menempah bilik awal jika mahu kan hotel yang selesa kerana sekiranya anda main ‘redah’ sahaja, berkemungkinan anda akan dapat hotel yang tidak bertepatan dengan cita rasa dan tidak selesa.