- Safari Lagoon
Sebenarnya dekat Ampang ada juga bangunan yang ditinggalkan sehingga hari ini, iaitu Safari lagoon. Ia merupakan taman tema air yang pertama di Malaysia. Tempat yang menarik dan unik ini dapat banyak pengunjung setiap hari tapi tak sangka, Safari Lagoon telah dilanda masalah besar pada tahun 2007 sebab Seorang pekerja taman tema air itu dilaporkan mati lemas akibat terperangkap dalam penyedut air tekanan tinggi masa cuba mendapatkan barang salah seorang pengunjung kat situ. Akibat kejadian itu, bangunan ini terus terbiar.
- Villa Nabila
Villa ini adalah gabungan gaya seni bina yang unik kerana bahagian depan villa dikuasai oleh porte-cochère yang dipegang tinggi oleh tiang-tiang Rom-Tuscan. Betapa mewahnya villa ini tapi villa ini da dipenuhi dengan semak samun kerana sudah ditinggalkan begitu lama. Ada yang mengatakan pembantu rumahnya cemburu dan membunuh keluarga kaya yang pernah tinggal di vila untuk mewarisi pusaka mereka. Mayat mereka dikebumikan di suatu tempat di perkarangan tersebut tetapi tidak pernah ditemui.
- Balai polis gombak
Balai polis ni sebenarnya terletak dekat jalan lama menuju ke Bentong, Pahang dibina sewaktu 1948. Yang menakutkan apabila balai polis ni berada didalam hutan, katanya fungsi utamanya adalah untuk menjaga keselamatan orang asli. Kalau kita tengok kan, Rekaan bentuk balai polis ni sangat lain dari balai polis kerana ada yang mengatakan sebenarnya ianya hanyalah rumah tetapi tiada siapa yang tahu sehingga hari ini,mengapa balai polis itu ditinggalkan.
- Mimaland, gombak
Mimaland ni adalah taman tema air rekreasi terbengkalai di Gombak, Selangor, Malaysia. Mimaland merupakan taman tema pertama di Malaysia, taman ini dibuka pada tahun 1975 dan ditutup secara kekal pada bulan Mei 1994, setelah tanah runtuh merosakkan harta benda dan ada pelancong yang mati akibat tergelincir dari gelongsor, Pintu masuk dan tinggalan Mimaland masih ada hingga kini.
- Higland tower
Kejatuhan Highland Towers berlaku pada 11 Disember 1993 di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, Malaysia. Blok Menara 1 terjatuh sebab hujan lebat yang meletupkan paip lencongan. Tragedi ini mengakibatkan 48 kematian dan 2 orang terselamat. Antara yang terselamat sehingga hari ini ialah Nur Hamidah pada ketika itu masih seorang bayi? Tanah runtuh yang meragut berapa nyawa sehingga hari ini sukar dilupakan