Tempat Idaman Majlis Perkahwinan

Maka tibalah masa geng-geng single untuk menerima undangan perkahwinan berderet-deret. Hopefully nanti kau orang jumpalah Mr. Right masing-masing okay? Kepada yang bakal mendirikan rumah tangga tu, tahniah! Haa jom tengok tempat-tempat menarik untuk kau orang buat majlis resepsi kecil-kecilan di Malaysia.

Pernah tak terfikir nak buat majlis yang kecil-kecilan? Jemputan bawah 200 dan sebagainya. Sebab kalau ada terfikir, mungkin inilah masanya untuk kau orang realisasikan impian kau orang yang terpendam tu! 

  1. Menara Kuala Lumpur (KL Tower), Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur
    • Mengadakan majlis resepsi dekat atas menara Kuala Lumpur, pemandangan sekeliling adalah bandaraya Kuala Lumpur, KLCC, TRX.
    • Harga satu kepala: RM39
  2. De.Wan Banquet Hall
    • Dengan teknologi yang canggih dan maju, ruang resepsi boleh bertukar mengikut citarasa masing-masing. Tempat ini sangat sesuai kalau nak buat majlis kecil-kecilan dan tenang.
    • Harga: RM280++ untuk jemputan minimum 150.
  3. Tanah Aina Farrah Soraya
    • Ssuasana yang tenang dan nyaman bersama deruan air sungai, kicauan burung-burung dan sebagainya sangat sesuai dijadikan lokasi majlis resepsi yang berkonsepkan alam semula jadi atau taman.
  4. Pangkor Laut Resort
    • Antara pantai yang cantik, adalah kepunyaan Pangkor Laut Resort. Pantai peribadi yang dijaga oleh Pangkor Laut Resort itu terjaga dengan bersih.
  5. Kota Kinabalu Marriott Hotel
    • Sabah dan Sarawak adalah tempat yang paling dekat dengan angan-angan kita untuk berkahwin di luar negara. Tambahan pula, Sabah mempunyai pantai yang bertaraf dunia tau! Air lautnya yang biru, jernih, pelbagai jenis kehidupan haiwan juga banyak ada di Sabah dan Sarawak.

Itu saja tempa- tempat yang kami pilih untuk menjadi destinasi perkahwinan pilihan anda. Apa yang penting ialah kita mesti mengikut bajet dan kemampuan ya! Momen perkahwinan itu lebih penting daripada hutang untuk berkahwin.

Newer Post
Older Post

COMMENTS