Tahukah anda majoriti pelajar Malaysia memakan lilin? Jom selidik.

Mee segera merupakan makanan wajib ada setiap loker di asrama ataupun kolej betul tak ? makanan ini dikatakan penyelamat kepada pelajar.  Tapi tahu tak korang selama ini kita dah menggunakan cara yang salah untuk memasak mi segera? So, MKR nak ajar korang untuk elakkankan kemudaratan pada badan anda
Ingin tahu bagaimana? Baca perkongsian penuh di bawah:

Mi segera selalunya dimasak dengan cara di bawah dan ianya sebenarnya kaedah yang SALAH:

  • Biasanya, cara kita memasak mi segera ialah dengan meletakkan mi ke dalam periuk dengan air, kemudian mengisi serbuk seasoning dan biarkan bahan bahan tersebut di didih bersama selama tiga minit. Kemudian ia sudah sedia untuk dimakan.Dengan melakukan cara begitu, kita sebenarnya merebus bahan-bahan yang ada dalam serbuk perisa, terutamanya MSG, yang mana ia akan mengubah struktur molekul MSG dan menyebabkan MSG tersebut berubah menjadi toksik. Perkara lain yang anda mungkin sedar atau mungkin tidak sedar adalah, mi itu disalut dengan lilin makanan dan mi tersebut akan mengambil masa 4 hingga 5 hari untuk dinyah keluar oleh badan kita selepas anda makan mi tersebut.

Picture

Ini merupakan kaedah yang betul untuk memasak mi segera menurut pakar pemakanan:

  • 1. Rebus mi di dalam periuk air. 
    2. Setelah mi dimasak, toskan mi, dan buang air tersebut yang telah mengandungi lilin.
    3. Rebus air dalam periuk yg lain hingga mendidih, kemudian masukkan mi tadi ke dalam air mendidih panas itu dan matikan api.
    4. Hanya pada tahap ini ketika api telah dimatikan, dan ketika air masih sangat panas, masukkan serbuk perasa ke dalam air tersebut, untuk membuat sup mi.
    5. Sekiranya, anda inginkan mi kering, keluarkan mi dan masukkan serbuk perisa dan toskannya untuk mendapatkan mi kering.

Tahu tak korang sejumlah besar pesakit yang berumur antara 18 hingga 24 tahun berakhir dengan pankreatitis sama ada bengkak atau jangkitan pankreas akibat dari pengambilan mi segera secara kerap. Institut Jantung Negara (IJN) telah mengesyorkan agar orang ramai tidak terlalu memakan mi segera kerana ianya boleh menyebabkan penyakit jantung terutamanya oleh serbuk perisanya.

  • kalau korang pengemar mi segera , korang boleh mengurangkan separuh dari penggunaan serbuk perasa mi segera dan elakkan menghirup kuah sup selepas menghabiskan mi

So, MKR harap korang kurangkan makan me segera dan jaga kesihatan hokey !

COMMENTS