Syed Muhammad Daniel dibunuh atau terbunuh?

Dalam kemeriahan menunggu Hari Raya Aidiladha menjelma, kita dikejutkan dengan peristiwa perselisihan faham yang berlaku di atas highway di Southville Bangi sehingga mengakibatkan kematian salah seorang daripadanya. Kejadian ni sebenarnya pada mulanya takde lah besar mana. Kalau diikutkan boleh je diselesaikan dengan cara baik. Tapi itulah, benda nak jadikan?

Kejadian dikatakan bermula apabila kedua-dua buah kereta yang dinaiki oleh  arwah Syed Muhammad Daniel dan Yew Wei Liang hampir berlanggar ketika keluar daripada Tol Bangi menghala ke Seremban. Yew Wei Liang dikatakan berang ketika itu dan membunyikan hon banyak kali kepada arwah Syed Muhammad Daniel dan arwah telah mengangkat isyarat jari tengah kepada Yew Wei Liang menyebabkan kemarahan dan ketidakpuasan dia ini tercabar. Adengan kejar-mengejar berlaku sebelum kedua-kedua kereta ini berhenti di tepi jalan.

Ketika mereka berhenti di tepi jalan, dapat dilihat bahawa terdapat sedikit pergelutan di antara arwad Syed Muhammad Daniel dan Yew Wei Liang sehingga arwah mengambil kayu besbol dan memukul kereta Yew Wei Liang. Lalu Yew Wei Liang masuk ke dalam kereta dan menekan pedal minyak sehingga melanggar arwah tersebut. Arwah dikatakan tersepit di antara penghadang jalan dan kereta suspek iaitu Yew Wei Liang.

Yang paling menyedihkan, ada tular video arwah terbaring dan kelihatan nyawa-nyawa ikan di tepi jalan tersebut. Video ini meruntun hati banyak pihak dan menimbulkan rasa tak puas hati di kalangan netizen. Ada yang menganggap bahawa Yew Wei Liang melampaui batas sehingga menyebabkan kematian. Tidak kurang juga ada yang berharap agar pembunuh ini dibawa ke muka keadilan.

Yew Wei Liang telah membuat laporan polis dengan mengatakan bahawa beliau hanya mempertahankan diri beliau apabila arwah cuba menyerang beliau dengan kayu besbol. Persoalannya di sini adakah arwah ingin mencederakan Yew Wei Liang ataupun hanya merosakkan kereta Yew Wei Liang?

Yew Wei Liang telah direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan. Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Syed Muhammad Daniel. Semoga roh-nya dicucuri rahmat.