Cerita dongeng ataupun fantasi memang tak asinglah dekat semua orang kan ? Tapi jom kita lihat penyakit apa yang guna nama karakter ini.
1.Sindrom Cinderalla / Cinderalla complex
Cinderalla. kisah puteri yang menunggu seorang putera raja yang datang selamatkannya dari kekejaman keluarga tiri. Sebenarnya kan, sindrom ni wujud dalam diri wanita yang membayangkan diri mereka sentiasa dilindungi dan disayangi oleh lelaki. Alahai, angan dongeng sangat !
2. Sindrom Peterpan
Bukan perempuan je yang ada penyakit Disney ni, lelaki pun ada. Sindrom ni selalunya ada dekat lelaki dewasa yang berperangai kanak-kanak tau. So, kiranya pemikiran mereka jadi kebudakan dan tak matang.
3. Sindrom Rapunzel
Sinomin dengan cerita Rapuzel, kelainan mental bagi penghidap ini mempunyai hobi yang pelik iaitu suka makan rambut. Mereka akan mengunyah and menelan rambut hingga terbentuk gumpulan rambut di dalam perut. Pelik kan ? Tapi memang wujud tau.
4. Bambi Complex
Pesakit yang menghidap Bambi complex ni ada sikap yang cintakan haiwan tau. Mereka ni kira orang yang menentang pemburuan haiwan dan perbuatan kejam terhadap haiwan terutama binatang comel seperti rusa. Baguslah kan sebab diorang ni sayangkan haiwan.
5. Sindrom Puteri Beradu (Sleeping Beauty Syndrome)
Kisah sleeping beauty ni rupanya memang wujud pun sumpahan ni ! Orang yang hidap penyakit ni akan tidur je dan hanya bangun untuk makan dan pergi toilet je. Uishhhh, kesian. What a life ?