Jadi wajarkah sesi motivasi diadakan untuk pelajar-pelajar?
Demi meningkatkan spiritual para pelajar dengan pengisian yang berunsurkan rohani dan moral. Sesi motivasi amat wajar diadakan agar para pelajar lebih nampak sasaran hidup mereka tentang siapakah yang akan mereka jadi dan jenis pemikiran yang macam mana yang perlu mereka terapkan. Semestinya pembelajaran dari sesi motivasi perlukan masa untuk diterapkan dalam diri seseorang. Penyampaian dari sesi motivasi yang menyentuh emosi dapat memberi kesedaran rohani serta sekaligus membawa perubahan kepada perilaku seseorang.
Jadi, Sesi motivasi untuk generasi sekarang masih relevan kerana sesi motivasi juga dianggap sebagai makanan ruji yang perlu ada di dalam diri seseorang individu untuk tingkatkan semangat dan passion seseorang dalam sesuatu perkara.