Sesi motivasi abad ke-21, Fake or Real?

“motivation is the reason why people behave the way they do. Motivated behavior is energized, directed, and sustained”

Santrock (2008)

Perkara yang menggerak dan menentukan tingkah laku seseorang selalu dikaitkan dengan konsep motivasi iaitu keinginan (drives), keperluan (needs), insentif, rasa takut (fears), matlamat (goals), tekanan sosial (social pressure), kepercayan diri (self-confidence), minat (interests), rasa ingin tahu (curiousity), kepercayaan (beliefs), nilai (values), pengharapan (expectations), dan berbagai lagi

1- Adakah sesi motivasi benar-benar berbaloi kepada pelajar?

Secara kognitifnya, input dalam sesi motivasi dapat mengubah cara kita berfikir. Dimana dahulunya jika kita berfikir secara sederhana dan pemikiran tidak berkembang maka selepas hadirnya di sesi motivasi, kita harus mula untuk berfikir secara aras tinggi atau berfikir di luar kotak kerana cara begitu dapat meningkatkan motivasi diri kita untuk mengejar atau menjadi manusia yang lebih berdisiplin serta memperjelaskan kita mengenai sasaran dan hala tuju yang kita ingin jadi. Sesi motivasi juga dapat mengubah persepsi kita terhadap dunia luar.

2- Benarkah ‘Program Motivasi’ dapat mengubah mindset kita?

Program motivasi dapat memberi caknaan kepada kita mengenai sesuatu perkara yang kita tak pasti. Contohnya melalui cara kita berfikir dan menilai sesuatu perkara. Sesi motivasi dapat memberi perspektif kepada kita untuk berfikir dan menilai sesuatu perkara dari sudut yang berbeza.

3- Apakah elemen psikologi yang digunapakai dalam sesi motivasi?

Emosi- Sesi motivasi yang menyentuh emosi dapat memberi deria kesedaran kepada pelajar agar mereka dapat menerapkan behavior baru untuk membentuk the best version of themselves.

Fokus- Aktiviti-aktiviti yang diadakan juga perlu menguji fokus mereka agar mereka dapat memahami fokus utama mengenai matlamat hidup mereka.

Sense- Sesi motivasi dapat mengajar kita untuk merasai possitive vibes dengan kosongkan fikiran dan relaxing muscle supaya tidak terlalu tertekan dalam sesuatu keadaan.

4- Adakah ‘Program Motivasi’ dianggap cliche’ untuk generasi sekarang?

Program motivasi tidak boleh dianggap cliche’ kerana semua golongan usia memerlukan motivasi kendiri dalam diri mereka agar kekal di dalam life track. Motivasi penting untuk kita kekal fokus dengan goals kita.

PAGES

1 2 3