Tidak semua orang merasai serta memahami serangan panik yang terjadi secara tiba-tiba.
Mitos: Semua serangan panik mempunyai simptom yang sama
Realiti: Serangan panik akan dirasai berbeza bagi setiap orang terutama bergantung pada pengalaman peribadi mereka.
Gejala serangan panik termasuk:
- Sesak nafas
- Jantung berdegup laju
- Hilang Kawalan dan berasa tidak selamat
- Sakit dada
- Loya dan pening
Mitos: Serangan panik adalah tindak balas yang berlebihan dan sengaja dilakukan secara dramatik
Realiti: Serangan panik bukanlah sesuatu yang dapat dikawal oleh mereka yang mengalaminya. Malah, ia boleh disebabkan oleh masalah tertekan atau rangsangan serta perubahan persekitaran yang tidak menentu.
Mereka yang mengalami serangan panik mempunyai banyak stigma dan rasa malu dengan serangan panik yang terjadi secara tiba-tiba di depan umum.
Sekiranya anda mengenali mereka yang sering mengalami serangan panik, kawal situasi tersebut bukan secara agresif. Cara tersebut dapat mengawal perasan mereka untuk tenang.
Mitos: Orang yang mengalami serangan panik memerlukan bantuan atau rawatan perubatan
Realiti: Mereka yang mengalami serangan panik tidak berada dalam keadaan yang merbahaya buat orang disekeliling. Perkara terbaik yang boleh anda lakukan adalah tetap tenang.
Sekiranya anda berada di sekitar seseorang yang mengalami serangan panik dan sudah bertanya kepada mereka jika mereka memerlukan sokongan, hormati apa sahaja jawapan mereka. Mereka boleh menjaga diri dalam situasi seperti itu, dan selalunya hanya memerlukan sedikit masa untuk kembali tenang.
Mitos: Hanya orang yang mempunyai penyakit mental mengalami serangan panik
Realiti: Sesiapa sahaja boleh mengalami serangan panik, walaupun tanpa diagnosis penyakit mental.
Mereka yang berisiko mengalami pelbagai serangan panik sepanjang hidup mereka, termasuk orang yang mempunyai sejarah keluarga serangan panik atau sejarah penderaan atau trauma kanak-kanak. Seseorang juga mempunyai risiko yang lebih tinggi jika mereka mempunyai diagnosis:
- Panic disorder/gangguan panik
- Generalized anxiety disorder (GAD)
- Post-traumatic stress disorder (PTSD)/gangguan tekanan selepas trauma
Memahami serangan panik dan belajar bagaimana cara terbaik untuk mengawal serta membantu mengurangkan stigma serangan panik. Ia juga akan dapat mengurangkan salah satu serangan panik yang paling sukar dihadapi mereka yang mengalami – menerangkan apa yang berlaku kepada orang disekeliling.