Roadshow Kangar! #Merdeka2019

Destinasi terakhir untuk Roadshow Merdeka 2019 adalah di Kolej Vokasional Kangar, Perlis! Seperti biasa, program dimulakan seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 3.30 petang.  Pembuka kepada roadshow adalah satu talk tentang MyKampus Radio dan mengwar-warkan kewujudan MyKampus Radio kepada pelajar KV Kangar. Roadshow Merdeka ini telah disponsor oleh Adabi, Oyo Hotel, Tech Tarik dan Bukit Bintang Foundation.

       

Penaja Roadshow Merdeka

Selesai talk daripada crew kami, roadshow diteruskan lagi dengan pelbagai games yang fun teruk! antara games yang ada ialah, game radio rosak, game teka lagu dan Quiz Kahoot.

                

Dekat KV Kangar ni special sikit sebab kita juga ada penampilan istimewa daripada band indie CAPSOUL! diorang punya performance memang power dan energetik.

               

Dengan berakhirnya roadshow di KV Kangar ni pada 7 Ogos 2019, maka tamat lah sudah Roadshow Merdeka kami. Nantikan kemunculan roadshow kami yang seterusnya okay!