Reaksi Tentang Tragedi Berdarah Christchurch!!!

Reaksi Tentang Tragedi Berdarah Christchurch!!!

Seluruh dunia dikejutkan dengan peristiwa yang memilukan  pada  hari Jumaat 15 Mac apabila dua masjid di Christchurch New Zealand diserang oleh pengganas dan mengorbankan 50 nyawa jemaah termasuk seorang warga Malaysia di masjid tersebut ketika umat Islam sedang menunggu untuk solat Jumaat..

Tembakan rambang tanpa henti itu dilakukan oleh seorang lelaki ‘white supremacist’ (percaya bahawa hanya golongan kulit putih paling mulia) di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di Christchurch.Lagi menyedihkan apabila terdapat  5 orang  rakyat Malaysia turut terlibat di dalam insiden berdarah ini.Jumlah rakyat Malaysia yang cedera dalam pembunuhan beramai-ramai itu berjumlah 3 orang dan seorang maut.

Mereka yang terlibat adalah Rahimi Ahmad 39 dari Pulau Pinang, Mohd Tarmizi Shuib 42,(Kedah) , dan Mohamad Nazril Hisham Omar 46, yang berasal dari Kelantan.

Manakala, Mohd Tarmizi Shuib, 42, yang bekerja sebagai operator penerbangan simulator  cedera di bahagian belakang badan dalam serangan tersebut, manakala anaknya Mohd Haris, 12 terselamat tetapi mengalami trauma dan menerima rawatan trauma mental di sebuah hospital kanak-kanak berhampiran.

Selain itu,anaknya,Mohd Haziq, 17 telah disahkan sebagai rakyat Malaysia pertama yang terkorban di dalam insiden tembakan rambang itu.

Muhammad Haziq dikatakan terkena dua tembakan di badannya dan dengan itu Haziq merupakan antara 50 mangsa yang terkorban dalam serangan pengganas menembak jemaah secara membuta-tuli di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand.

Suspek utama tembakan rambang Brenton Harrison Tarrant, warganegara Australia yang berusia 28 tahun itu didakwa sehari selepas serangan dilakukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang berperanan menjaga hal ehwal agama Islam, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof  ke Christchurch bagi mewakili kerajaan Malaysia untuk menyertai solat jenazah dan khutbah Jumaat yang lalu di negara berkenaan.

Setelah itu,YB Menteri kemudian ke Hospital Christchurch bagi menziarahi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa insiden serangan pengganas iaitu saudara Mohd Tarmizi Shuib, Mohd Nazril Hisham Omar dan Rahimi Ahmad.