Pertama dalam dunia “The Singing Pizza” !!

Pertama dalam dunia “The Singing Pizza” !!

Hello guys! Korang pernah terfikir suasana di mana korang makan pizza sambil dengar lagu yang eksklusif  ? Haa itu lah konsep baru yang diperkenalkan oleh Pizza Hut Malaysia. Nak tahu lebih lagi? Jom baca!

“The Singing Pizza” jadikan kotak pizza biasa sebagai sebuah kotak muzik yang memainkan lagu daripada senarai lagu eksklusif  dan didatangkan dengan pelbagai reka bentuk yang menarik! Konsep macam ni adalah pertama kali di buat tau ! Yang penting, korang tak kan jumpa kat restoran makanan segera yang lain!

Senarai lagu “The Singing Pizza” terdiri daripada 200 lagu-lagu yang akan di kemaskini setiap dua minggu, termasuk lagu-lagu di dalam trending dan trek eksklusif yang belum lagi dilancarkan, oleh artis-artis terkemuka tempatan seperti Fattah Amin, Fazura, Alvin Chong,Aman Ra,Zaim dan Shalma.

Selain itu, Lagu “Paling Sempurna” merupakan single terbaru yang dilancarkan oleh couple paling popular iaitu Fattah Amin dan Fazzura dan hanya boleh didapati secara eksklusif menerusi”The Singing Pizza”.Para peminat boleh dapatkan single terbaru tu dengan membeli “The Singing Pizza”melalui laman web penghantaran di www.pizzahut.com dari mana-mana restoran Pizza Hut bermula dari sekarang hingga Disember 2019.

Dengan menggabungkan dua budaya iaitu muzik dan makanan, Pizza hut telah bekerjasama dengan Universal Music Malaysia tau! So kalau nak rasai pengalaman bersama The Singing Pizza, korang perlu mengimbas kod QR istimewa pada kotak pizza dan ikut step by step dan dapat lah dengar muzik eksklusif melalui telefon mudah alih korang setiap kali membuat pesanan untuk dibawa pulang ataupun delivery.

Apa yang lagi menghangatkan kempen ini adalah, para pelanggan jugak berpeluang untuk menemui Shawn Mendes secara langsung dengan membuat pembelian“The Singing Pizza” di samping menerima baucar-baucar* pizza yang menarik!

Jadi apa tunggu lagi? Jangan lupa try “The Singing Pizza” okay!!!