PENDAPATAN BOLEH GUNA: PENTINGNYA BEZA KEPERLUAN DAN KEHENDAK

Pendapatan yang anda dapat setiap bulan bukanlah pendapatan bersih yang anda akan nikmati kesemuanya setiap bulan kerana terdapatnya potongan-potongan wajib yang perlu anda bayar seperti KWSP, Zakat, Perkeso dan cukai pendapatan.





Formula untuk mengira Pendapatan Boleh Guna –
Pendapatan Boleh Guna = Jumlah Pendapatan – (KWSP + Zakat + Cukai + Perkeso)




Pendapatan Boleh Guna membolehkan seseorang individu membeli barang dan perkhidmatan. Barangan dan perkhidmatan dibahagi kepada dua iaitu keperluan dan kehendak.



Dalam hidup, kita perlu pandai bezakan antara keperluan dan kemahuan. Kemahuan merupakan perkara yang memang tak akan puas. Jadi sebagai individu yang bijak kita seharusnya pandai mengimbangkan antara kemahuan kita dan kehendak kita mengikut pendapatan boleh guna kita.



Benda keperluan adalah perkara yang penting untuk kehidupan kita sebagai contoh, makanan, tempat tinggal dan pakaian. Untuk kehendak pula, kita masih boleh hidup jika tak penuhi kehendak kita. Ianya memang sukar untuk dipuaskan.

Jadi semua individu seharusnya bijak menyusun perbelanjaan mereka mengikut taraf pendapatan masing-masing.

COMMENTS