Pelakon jelita, Natasha Liana Hudson atau lebih dikenali dengan Natasha Hudson kembali solo apabila perkahwinan kali keempatnya bersama Noor Nashriq gagal. Pasangan ini bercerai dengan talak satu secara baik. Bagaimanapun, menurut Natasha perkahwinan yang dibina Disember tahun lalu dipenuhi dengan penipuan dan deraan mental.
Sebelumnya, Natasha pernah mendirikan rumah tangga bersama dengan Mohd. Faiz Mohd. Raih pada 2006 yang hanya bertahan selama empat bulan sahaja.
Pada tahun 2012, aktres popular itu berkahwin pula dengan Datuk Syahrin Zahari pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata. Malangnya perkahwinan tersebut juga gagal dan beliau berkahwin pula dengan Khalid Jamal pada 2012 dan dikuniakan dengan dua orang anak perempuan.
Menerusi perceraian kali keempat ini, Natasha dilihat redha dan ingin memberikan fokus untuk membesarkan anak-anak perempuannya dan memberi lebih peluang kepada diri sendiri.