Nadi Anak Muda Sarawak: Terabai Kenyalang Heritage Association of Sarawak (TKHAS) <3

Buat orang Semenanjung yang tertanya-tanya atau baru dengar tentang Terabai Kenyalang Heritage Association of Sarawak atau nama manjanya TKHAS, MKR kongsikan apa bendanya TKAS ni. Jom kenal-kenal dengan mereka!

2 dari kanan, William Mangor iaitu Chairman— orang kuat TKHAS!

TKHAS is a non-governmental organization (NGO) yang telah wujud pada tahun 2018 dan bertapak opkoslah di Sarawak, Kota Samarahan. Fungsi utamanya masa awal-awal ditubuhkan, TKHAS nak berjuang untuk Tanah Adat di Sarawak dan nak pelihara kekayaan budaya dan warisan di Bumi Kenyalang ini.

Tetapi, pada tahun lepas (2022) mereka telah menukar fokus mereka kepada YOUTH! Dengan melatih anak muda yang nak menjadi pemimpin di Sarawak dengan mengadakan program-program pembangunan belia, sebab kata Pengasasnya, William Mangor- TKHAS tak nak bertembung dengan NGO lain yang sama fungisnya. Tak rare lah geng! Selain dari, sedar yang Sarawak kurang pemimpin muda. Sama ada tidak diberi peluang ataupun takda medium/platform. Maka, bermulalah peranan besar TKAS!

Paling kanan, Francis Langgie Berceang (Bendahari TKAS) & paling kiri, William Mangor (Pengasas TKHAS)

Organisasi ini mengasuh untuk pemerkasaan belia dengan memberi peluang pada golongan muda untuk menjadi pemimpin– khas untuk anak jati Sarawak tak kisah etnik atau suku apapun. Kalau anda perasan tak ramai anak muda Sarawak yang mentadbir politik negara, balik-balik muka sama jelah— yang dah berumur, kaya-raya ataupun guna ‘cable’ (EHHHHH!)

So, TKHAS banyak mengadakan bengkel-bengkel kepimpinan macam ‘Bengkel Empowering Youth Today for Tomorrow’ (EYTT), pada July & September yang lepas. Dan dijangka Program EYTT 3.0 akan diadakan lagi uolls. Jadi buat anak muda Borneo, jangan lepaskan peluang ni!

Ada 3 module iaitu- Kenali Diri, Pimpin Diri Sendiri & Pimpin Orang Lain. Dan yang menariknya para trainer merangkumi semua orang dan background yang berbeza, ada motivational speaker dari golongan LGBT, pro-agama, sekular. Pendek kata, TKHAS ni tak ‘selek’ lah uolls!

Aipppppp ada sebabnya kenapa pilih trainer sebegini sebab katanya mereka nak tengok belia Sarawak boleh terima tak orang-orang macam ni. Satu pendekatan yang unik! Bukan senang nak approach anak-anak Sarawak ni tau.

Aiseyman, mestilah MKR nak show off sikit interview session — https://youtu.be/cNZZ2Dls1qw dengan big boss TKHAS, William dan disebelahnya orang kuat disebalik Program EYTT merangkap Program Director EYTT, Francis.

Borak borak jugak, message dan tanggungjawab yang digalas oleh kedua anak muda Kuching ini perlu di ‘salute’! Nak buka mata golongan belia di Sarawak untuk ambil peduli tentang politik serta membabitkan diri dan keluar dari zon selesa bukan kerja mudah bagi mereka, long way to go!

Sekian saja perkongsian serba sedikit tentang TKHAS Suara Keramat anak muda Sarawak. Chaiyok TKHAS <3