Muzik Emo Tetap di Hati!

Korang selalu rasa sendu? kecewa? sedih? Haa, jangan risau! Korang boleh layan perasaan korang dengan dengar lagu-lagu emo band Malaysia ni weh.

Ramai orang tak sangka sebenarnya ada je band Malaysia yang bawa muzik emo ni.

So, nah! top 5 lagu emo dekat Malaysia pilihan MKR.

  1. Servants – I Wish It Was Only You

Lagu ni merupakan antara lagu finalis Anugerah Lagu Indie 2020. Lirik yang sangat deep dalam lagu ni, confirm dapat melelehkan air mata korang!

2. Transitions – Konservasi Sulit

Nak tambah kesedihan korang lagi? Ha korang kena layan lagu ni! Lagu yang diselitkan dengan puisi yang menarik.

3. Patriots – Never Again

Kalau korang rasa hidup korang belum cukup sendu. Korang cuba dengarkan lagu ‘Never Again’ daripada Patriots ni, pasti hidup korang bertambah sendu!

4. Heavside – A Better Day

Lagu ‘A Better Day’ daripada band yang dikatakan Movements Malaysia ni memang kacau emosi betul! Disajikan pulak dengan lirik yang sangat baik.

5. Pasca Sini – Apa Yang Kau Mahu

Band Pasca Sini juga membawa muzik emo. Lagu ‘Apa Yang Kau Mahu’ ni memang sesuai sangat untuk kita layan masa tengah kecewa!

COMMENTS