#3- NENAS
Nenas mengandungi vitamin C, B dan serat yang tinggi !
Khasiat di dalam nenas berperanan dalam mencegah jangkitan bakteria dalam vagina dan memastikan vagina sentiasa sihat dan wangi.
#2- EPAL
Epal dirujuk sebagai makanan yang penting dalam mengharumkan ‘Miss V’.
Epal mengandungi phytoestrogen phloridzin dan antioksidan yang boleh merangsang aliran darah ke kawasan vagina dan sekali gus memastikan ia sihat dan segar.
Dalam kajian yang diterbitkan di PubMed Central, sebatian yang terkandung dalam epal boleh menghalang perkembangan fibroid pada rahim wanita. Epal juga boleh membantu meningkatkan keghairahan seksual bagi wanita.
#1- YOGURT
Yogurt sangat mudah diambil dan khasiatnya juga sangat berbaloi kepada vagina wanita.
Yogurt mengandungi bakteria lactobacillus yang juga terdapat secara semula jadi di dalam usus, saluran kencing dan vagina. Bakteria yang terdapat di dalam yogurt berperanan dalam mencegah jangkitan bakteria pada vagina.