Mana Orang Melayu?

Orang Melayu sekarang ni ramai sangat yang menggunakan nama Arab. Mesti korang confuse kan nama Arab ni kena letak Sheikh atau Sharifah ke dekat depan dia ke? sebab tak ramai pun kan yang ada Sheikh atau Sharifah dekat nama diorang. Nama Arab ni kalau korang nak tahu macam nama yang ramai orang guna sekarang lah contoh Nur, Nurul, Aisyah, kalau untuk lelaki pulak nama Muhammad, Ali dan banyak lagi lah nama yang kebanyakannya digunakan oleh orang Melayu sekarang ni.

Nama Melayu pulak macam mana? Nama Melayu ni memang dah tak ramai orang guna dah sekarang ni. Antara contoh nama Melayu untuk perempuan adalah macam Embun, Melur, Mawar, Dayang kalau nama lelaki pulak nama seperti Awang, Putih, Jebat, Tuah

.

Mungkin ramai orang Melayu sekarang bagi nama Arab dekat anak diorang sebab dalam Islam sendiri ada cakap kata-kata itu doa kan, jadi mestilah nak panggil anak dengan nama yang baik-baik. Tetapi nama Melayu pun ada yang maksud yang baik apa? kalau bagi nama anak mawar tak ke kita mendoakan dia cantik dan harum seperti mawar? Atau mungkin jugak nama Melayu ni nampak macam dah ketinggalan zaman sikit. Daripada bagi nama anak Melur atau Melati baik bagi nama anak Batrisya ke Balqis ke nampak up to date sikit kan.

Tetapi kenapa agaknya, walaupun dengan peredaran zaman sekarang ni, negara jiran kita sendiri iaitu Indonesia didapati masih lagi menggunakan nama tradisional negara mereka. Perkara ini kita boleh nampak sendiri dekat nama Presiden Indonesia tu sendiri sebagai contoh Megawati Soekarnoputri, Susilo Bambang Yudhoyono, dan Joko Widodo. Nama diorang ni semua guna nama orang Melayu Indonesia. Kalau kita nak kata Indonesia ni ketinggalan zaman, tidak jugak sebab diorang pun merupakan negara membangun seperti Malaysia. Tambahan pula, presiden-presiden Indonesia ni mesti berasal daripada background Family yang berjaya kan, tapi diorang tetap gunakan nama orang Melayu.

Orang Indonesia ni sebenarnya jati diri diorang kuat dan tidak mudah terpengaruh dan diorang sentiasa berbangga dengan adat dan tradisi diorang. Jadi orang Melayu di Malaysia ni harus menjadikan orang Indonesia sebagai contoh. Sebab dalam perlembagaan Malaysia sendiri ada tertulis, orang Melayu ni mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu. Nama tu pun merupakan satu adat kan. Jadi untuk memastikan adat kita ni tak mati ditelan zaman, orang-orang Melayu di Malaysia sendiri main peranan untuk mengekalkan adat tu. Nama Melayu pun not bad apa, maksud dia pun baik juga kan. Jadi sama-samalah kita kekalkan budaya ni okay!

 

 

Newer Post
Older Post

COMMENTS