Malaysian Female Fighter!

Malaysian Female Fighter!

Si gadis cantik manis berkulit cerah ni bukan calang-calang gadis tau! Korang silap langkah sikit dengan dia memang makan buku lima lah korang geng.Nak tahu fakta menarik tentang Atlet muda seni bela diri campuran (MMA) ni? Jom baca!

(1) Berusia 20 Tahun

Kalau korang nak tahu Jihin ni merupakan fighter wanita termuda  dalam dunia martial arts. Start martial arts ni sejak dia berusia 16 tahun lagi. Yang menariknya sumber inspirasi beliau adalah selepas tengok cerita korea “Roommates”. Haa lain pada lain kan ? lepas tengok realiti show je terus rasa berminat nak ceburi.

Then tiberrrr jadi juara guys! Beliau  adalah antara atlet termuda Malaysia yang sertai kejohanan oleh organisasi MMA terbesar Asia ni dan berjaya menundukkan lawannya di kejohanan ONE Championship ‘Pursuit of Powers’.

(2) Nurse Veterinar

Jangan terkejut korang, Jihin ni dari sudut lain beliau seorang nurse veterinar uols! Kebiasaannya Jihin akan bekerja daripada pukul 10am-6pm , dan pada pukul 7;30 malam macam tu Jihin akan bersiap-siap untuk start training sampai pukul 10 malam pulak di gym.

Kalau korang nak tahu, Jihin akan berlatih setiap hari walaupun hari Ahad tau! Haa kalau waktu siangnya Jihin akan membelai haiwan di klinik, malam hari pulak angkat dumbbell. Cayalahhhhhh Jihin!

 

(3)Nickname Shadowcat

Nama penuhnya Hayatun Najihin Binti Radzuan atau nama pentasnya Shadow Cat. Haa datang dari mana pulak Shadow cat ni?  Ianya disebabkan Jihin seorang nurse veterinar yang sukakan haiwan dan pada masa yang sama,ada seekor kucing dekat gym tu yang Jihin rapat dan jaga. Satu perkara lagi Jihin suka pakai baju warna hitam maka coachnya Melvin bagi lah nickname Jihin sebagai Shadow cat.

PAGES

1 2

COMMENTS