Makanan Terakhir Serial Killer

Di AS, banyak negeri membenarkan banduan di Death Row memilih last meal mereka. Mereka bebas untuk meminta apa sahaja yang mereka inginkan walaupun makanan yang dorang mintak tu jenis pelik-pelik pihak penjara akan cuba sediakan jugak.

Jom kita check apa makanan yang pembunuh-pembunuh bersiri ni pilih sebagai last meal dorang!

Ted Bundy

Siapa je yang tak kenal dengan dia ni. Dia terkenal sebab rupa dia yang handsome dan menjadi modal untuk menculik dan membunuh wanita. Dia telah dijatuhi hukuman mati setelah didapati bersalah membunuh 3 orang wanita TAPI pada masa dia dihukum bunuh, dia telah mengaku membunuh dan merogol lebih 30 wanita. Eeee, scary betul!

Makanan terakhir yang menjadi pilihan Bundy adalah hidangan terakhir standard di Florida’s Death Row: steak medium rare, telur over easy, roti bakar dengan butter dan jeli, susu, kopi, jus dan hash browns. Tetapi dia tak sentuh pun makanan tu semua.

Jack the Ripper

Tidak seperti serial killer yang lain, dia dikenali sebagai pembunuh yang tidak ada particular type. Dia membunuh je semua jenis manusia seperti lelaki, perempuan, dan kanak-kanak. Dan cara dia membunuh juga tidak hanya dengan satu kaedah sahaja; mencekik, memukul, menetak, as far as he concerned, semua cara dia akan guna.

Makanan terakhir yang menjadi pilihan adalah fast food. Dia dined di Wienerschnitzel kemudian order fried potatoes dan sebotol white wine.

John Wayne Gacy

Dia adalah bekas manager di sebuah restoran fast food yang famous iaitu KFC. Dia telah membunuh 33 lelaki termasuk kanak-kanak. Dia selalu berpakaian seperti badut. Dia kemudiannya akan menanam mayat-mayat di bawah rumahnya.

Dia memilih untuk makan KFC, 12 deep fried shrimps, kentang goreng, dan 1 paun strawberi.

Aileen Wuornous

Dia adalah bekas pekerja seks dan didakwa dengan enam pertuduhan membunuh, yang didakwanya adalah untuk mempertahankan diri.

Untuk last meal dia hanya memilih secawan kopi hitam.

Harold Shipman

Semasa kerjayanya selama 24 tahun sebagai doktor keluarga, dia telah membunuh sebagai “menyelamatkan diri” menggunakan lethal injection seramai 218 (atau lebih) pesakit tua, dan ini menjadikannya salah satu siri pembunuh yang membunuh terbanyak dalam sejarah.

Makanan terakhir yang dipilihnya adalah nasi dan kari sahaja. Ketika ditanya adakah sedap makanan tersebut dia hanya berkata yang makanan tu ok tapi dia boleh bunuh seorang lelaki.