Dah masuk 33 hari kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam masa hampir 5 minggu ni macam-macam lah benda viral berlaku setiap hari. Syukur Malaysia tak sendu! Jom layan beberapa cerita fasa 1, 2 & 3 PKP .
Kaum Lelaki Buru ‘Kelawar’.
Biasanya lelaki berkain pelikat je kalau nak rasa ‘berangin’. Sekali try baju kelawar bini, terus jatuh cinta. Hari-hari nak kelawar sampaikan anak-anak pun ikut. Selesa kata mereka. Fuhh la penangan kelawar musim Covid ni. Ingat Wuhan je ber kelawar, Malaysia pun sama.
Tangan ‘Cramp’ Sebab Dalgona
Minggu pertama PKP semua serbu serbuk Nescafe kat kedai sampai licin rak. Semua nak try kehebatan Dalgona ni. Sampai lenguh la tangan nak putar jadi krim. Yang putar guna kipas pun ada. Kreatif betul korang ni.
Perang Artis vs Netizen
Alamak apecite ni? Korang tengok la ni aihh. Disebabkan ni juga ada drama dan beberapa artis telah di banned oleh netizen. Panas jugak ek!
Video Kaki Tak Jejak Lantai
Tahun 2020 ni kereta terbang takde lagi, manusia dah terbang dulu dah. Video orang lompat tak jejak lantai ni betul-betul mencuit hati. Rajin pula korang edit ye.
Wawa Zainal pun nak buat video macam tu tapi kesian Ariel tak nak editkan. Comel je dorang ni.
Rap PM “Ke Sana Ke Sini”
Ucapan PM yang macam abah-abah siap diolah oleh netizen jadi rap. Macam mana eh korang boleh kreatif nak buat macam tu? Cuba derma sikit kreativiti korang tu kat admin.
KPT main TikTok?
Dikala cikgu & pensyarah pening nak laksanakan online learning, mai pulak contest tiktok dari KPT. Namun posting itu dipadam gara-gara dikecam hebat netizen. Fuhhh netizen menang lagi yo!
Haa tu antara yang viral sempena PKP ni. Ada yang admin terlepas pandang ke? Apa pun, kepala jangan semak, chill saja ok!