by: Amir Alif
Nama stilleto ni sebenarnya berasal daripada pisau belati memandangkan tumit dia yang HALUS dan RUNCING, tinggi pula tu.
Ukuran bagi tumit stilleto adalah daripada 2cm sehingga 15cm. Bagi para model, mereka akan memperagakan stilleto yang berukuran 10cm. Mygawd! Tengok tu pun da seksa cuba bayangkan 15cm?!
Jenis-jenis Stilletto;
Stilletto ni kalau kita perasan ramai yang pakai untuk formal wear macam ke office dan kelas tapi sebenarnya stilleto ni boleh je pakai untuk ke majlis perkahwinan ataupun dinner.
Nota tambahan:
Walaupun pemakaian stiletto ni cantik tapi korang kena juga jaga kaki korang. ELAKKAN pakai LEBIH DARI 3 JAM! Boleh menyebabkan saraf kaki bengkak. Jadi bijak lah dalam
ber-fashion okay?