Punca Anda Tidak Layak Untuk Menderma

By: Shaz

Kalau dah baca pasal kebaikan menderma darah, mesti ada yang tak sabar nak derma kan! Tapi nanti dulu…. Sebelum nak derma tu, ada stage untuk tentukan yang korang tak layak untuk menderma. Sekarang ni, MKR nak bagitahu korang syarat-syarat yang layak untuk menderma darah. Yelah, takda lah sia sia bila korang nak pergi menderma, pastu bila check, tak layak. Penat je datang kan? Tapi, kalau anda memenuhi syarat-syarat di bawah, tunggu apa lagi? Jom lah!

Antara syarat-syaratnya

1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
Sihat tubuh badan pada hari itu, mempunyai kesihat fizikal dan mental yang baik, free from any penyakit like malaria, demam kepialu atau penyakit berjangkit lain di masa lalu.

2. Berumur di antara 18-60 tahun.
Umur yang layak menderma adalah di antara 18-60 tahun. Yang berumur 17 tahun kena dapatkan permission dulu daripada ibubapa atau penjaga. And warga emas, berumur 61-65 tahun, perlu dapatkan kelulusan bertulis dari doktor.

3.Berat badan melebihi 45 kg.
Jumlah maksima darah yang diambil ialah 450 ml bagi berat badan yang melebihi 50 kg, dan berat badan diantara 45-50 kg, kuantiti darah yang diambil hanyalah sebanyak 350 ml. And tahap hemoglobin anda perlulah lebih dari 12.5 gm%.

4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
Penderma perlu dapatkan tidur yang cukup, melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan. Jangan ada yang berpuasa pula… Penderma perlu makan sekurang-kurangnya 3 jam sebelum menderma darah.

5.  Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan
Tak boleh derma kalau seseorang itu sedang dibawah rawatan antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan, dan 24 jam sebelum bagi yang dah ambil suntikan vaksin. Tak layak juga bagi anda yang mengambil ubat tertentu yang tak dibenarkan. So, rujuk lah dulu kepada pegawai perubatan yang bertugas, before nak derma.

7.Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi
–>Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
–>Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
–>Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
–>Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
–>Mengambil dadah secara suntikan
​​–>Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.

8. Penderma Wanita
Syarat kelayakan penderma untuk wanita yang paling first is bukan time period, or pregnant and breastfeeding ataupun pernah mengalami keguguran dalam 6 bulan terakhir setelah hamil.

9. Dilarang menderma
Kepada yang pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) or Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih, atau pernah tinggal di Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih, tak dibenarkan untuk menderma.

10. Penderma Kerap
Anyone yang dah banyak kali menderma, pendermaan terakhir telah dijalankan sekurang-kurangnya 3 bulan yang lalu untuk penderma darah penuh (kesemua sel darah), dan 2 minggu lagi bagi penderma ‘apheresis’ (plasma dan platlet sahaja).

If korang ada pendapat or anything korang boleh email dekat kitaorng, [email protected]

COMMENTS