Kronologi Kehilangan Nora Anne

Kes kehilangan remaja 15 tahun yang berasal dari Ireland yang bernama Nora Anne Quorin akhirnya selesai apabila pasukan SAR berjaya menemui mayat beliau kira-kira 2km dari pusat peranginan The Dusun, Pantai, Negeri Sembilan yang merupakan tempat penginapan keluarganya ketika bercuti di Malaysia.

Remaja istimewa itu dilaporkan hilang pada 4 Ogos 2019, sehari selepas keluarganya mendaftar masuk ke resort tersebut. Pencarian yang berlangsung selama 10 hari akhirnya membuahkan hasil apabila mayat Nora Anne dijumpai pada 13 Ogos 2019 dalam keadaan tidak berpakaian di sebuah kawasan berdekatan sungai. Kawasan tersebut dilaporkan telah dilalui oleh pasukan SAR beberapa kali sebelum ini.

Keputusan bedah siasat mendapati bahawa Nora Anne meninggal dunia akibat daripada kebocoran di bahagian usus akibat daripada tidak mengambil sebarang makanan bagi masa yang agak lama.  Selain itu, hasil siasatan juga mendapati bahawa Nora Anne sudah meninggal dunia kurang dari 48-jam sebelum mayat beliau dijumpai.

Kronologi 

3 Ogos 2019

  • Nora Anne Quoirin, 15, remaja Ireland tiba di Resort The Dusun Pantai Hill, Seremban, Negeri Sembilan bersama keluarganya untuk bercuti.

4 Ogos 2019

  • Remaja perempuan yang mempunyai masalah pembelajaran itu disedari hilang oleh ahli keluarganya apabila tiada di bilik penginapannya pukul 8 pagi.
  • Polis menerima maklumat kehilangan mangsa daripada pemilik resort selepas dimaklumkan oleh seorang ahli keluarga remaja itu.
  • Polis melakukan misi pencarian membabitkan bomba dan anggota polis dari Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.

5 Ogos 2019

  • Pihak berkuasa termasuk polis dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mengawal ketat kawasan Resort The Dusun Pantai Hill, lokasi Nora Anne dilapor hilang.
  • Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nora Anne.
  • Operasi SAR melalui udara dibuat di kawasan Gunung Berembun serta meliputi pesisiran Sungai Berembun.
  • Platun Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras turut dikerah dalam operasi SAR remaja perempuan itu.

6 Ogos 2019

  • Operasi SAR masuk hari ketiga, diteruskan dengan kekuatan 159 anggota dari pelbagai agensi keselamatan.

 

Image result for nora quorins kronologi

7 Ogos 2019

  • Polis merakam 20 keterangan saksi termasuk ahli keluarga bagi membantu siasatan kes kehilangan Nora Anne.
  • Operasi SAR masuk hari keempat, diteruskan dengan kekuatan 206 anggota dari pelbagai agensi keselamatan.

PAGES

1 2